Oleh Dr. Nor Salimah Abu Mansor.
MAKNA TASAWWUR ISLAM
•Menurut Bahasa : Tasawwur dari perkataan Bahasa Arab
صور- صورة
تصور- تصور
Yang membawa maksud gambaran/penjelasan yang hakiki terhadap sesuatu sehingga dapat difahami.
TASAWWUR ISLAM SEBAGAI ASAS
Rabbani atau ketuhanan bermaksud segala hukum, konsep, nilai dan peraturan yang terdapat di dalam Islam adalah ditetapkan dan diwahyukan oleh Allah s.w.t.. Tidak menjadikan fikiran logik manusia sebagai mutlak. Perlaksanaan dan pengamalan tatacara kehidupan seharian bersumberkan wahyu.
“Sesungguhnya Kami telah turunkan kepada kamu kitab (al-Qur’an) dengan kebenaran, maka taatlah kepada Allah dengan penuh keikhlasan kepada-Nya, ingatlah bahawa agama yang bersih (benar) itu adalah milik Allah.”
(Surah al-Zumar: 2 – 3)
Thabat bermaksud tetap atau tidak berubah:
Al-Murunah (anjal) pula bermaksud bahawa selain daripada perkara-perkara pokok dan dasar yang tidak boleh berubah, terdapat juga perkara-perkara ranting dan cabang yang boleh berubah mengikut kesesuaian dengan perubahan maslahah manusia sepanjang peredaran zaman.
Rukhsoh dalam Islam:
“Allah tidak sesekali memberatkan seseorang itu kecuali dengan kadar upayanya. Baginya (pahala) bagi kebaikan yang dikerjakannya, dan keatasnya (dosa) bagi kejahatan yang dikerjakannya. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau seksa kami atas apa yang kami terlalai atau silap padanya. Ya Tuhan kami, Janganlah Engkau pikulkan pekerjaan yang berat ke atas kami sebagaimana yang Engkau bebani ke atas mereka yang sebelum daripada kami.“
(Surah al-Baqarah: 286)
Waq’iyyah bermaksud ajaran Islam bersifat praktikal dan realistik iaitu bersesuaian dengan realiti kehidupan manusia. Contoh:
Tawazun bermaksud ajaran Islam memberikan perhatian yang seimbang kepada semua aspek kehidupan manusia; dari segi individu dan masyarakat, rohani dan jasmani, kebendaan dan kerohanian serta dunia dan akhirat.
Syumul bermaksud Islam merupakan agama yang sempurna dan menyeluruh serta mencakupi segala aspek kehidupan setiap manusia. •Kesempurnaan ajaran Islam seperti yang terkandung dalam al-Qur’an dan al-Hadith itu dapat dilihat dengan jelas dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Dan kami turunkan ke atas engkau kitab (al-Qur’an) sebagai penjelasan bagi semua perkara.” (Surah al-Nahl: 89)
Alamiyyah bermaksud Islam merupakan agama yang universal, tidak terikat dengan masa, tempat dan ruang. Malah, Islam sesuai untuk semua manusia, setiap bangsa dan tidak terbatas pada masa-masa tertentu. Manifestasi kesejagatan Islam bukan sahaja meliputi sesama manusia, malah merangkumi makhluk yang lain.
Wasatiyyah ialah elemen yang sangat penting dalam Islam. Islam menolak semua unsur ekstremisme dalam kehidupan manusia.
TASAWWUR ASASI GERAKAN ISLAM
10 MUWASOFAT TARBIYYAH MENJADI ASAS PEMBENTUKAN PETUGAS DAKWAH
1- Saliimul ‘Aqiidah / سليم العقيدة (BERSIH AQIDAHNYA)
“Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidupku dan matiku, semuanya karena Allah Rabb semesta alam”. (Al-An’aam : 162)
Sentiasa muraqabah kepada Allah, mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir, menjaga kebersihan hati, menjauhi dosa dan syubhat, serta selalu berzikir dan taubat.
2- Sahiihul ‘Ibaadah / صحيح العبادة (BENAR ‘IBADAHNYA)
“Shalatlah kamu seperti yang kamu lihat Aku shalat”. (Riwayat Bukhari)
Sentiasa membetulkan amalan, mengetahui halal dan haram, bersederhana dalam setiap urusan kehidupannya.
3- Matiinul Khuluq / متين الخل ق (KUKUH AKHLAKNYA)
“Dan sesungguhnya kamu wahai Muhammad benar-benar memiliki akhlak yang agung. (Al-Qalam : 68)
Mencontohi akhlak Rasulullah S.A.W, sensitif dan peka, tegas, benar dalam kata-kata dan perbuatan, berlumba berbuat kebajikan.
4- Qawiyyul Jismi / قوي الجم (KUAT JASMANINYA)
“Mukmin yang kuat lebih aku cintai daripada mukmin yang lemah”. (Riwayat Muslim)
Mengamalkan diet seimbang/makan sekadarnya, bersukan, tidur optimum, menjaga kebersihan.
5- Mutsaqqaful Fikri / مثقف الفكر (INTELEK DALAM BERFIKIR)
“Katakanlah: Samakah orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu, sesungguhnya hanya orang-orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran”. (Az-Zumar : 39)
Mengambil tahu berita dunia Islam dan am, bersumberkan Al-Quran dan Hadith serta ulama’ yang thiqah, banyak membaca dan menulis, pakar dalam bidang yang diceburi, membaca Al-Quran dengan baik dan tadabbur, sentiasa mempelajari sejarah serta menguasai kemahiran terkini.
6- Mujaahidun Linafsih / مجاهد لنفسه (KUAT MELAWAN HAWA NAFSUNYA)
“Tidak beriman seseorang dari kamu, sehingga ia menjadikan hawa nafsunya tunduk pada ajaran Islam yang aku bawa”. (Riwayat al-Haakim)
Mengingati janji dan amanah serta berazam dengan kuat, memelihara diri dari maksiat dan kelalaian.
7- Hariishun ‘alaa Waktih / حريص على وقته (SUNGGUH-SUNGGUH MENJAGA WAKTUNYA)
“Manfaatkan lima perkara sebelum datang lima perkara: mudamu sebelum tua, sihatmu sebelum sakit, kayamu sebelum miskin, lowongmu sebelum sibuk, dan hidupmu sebelum mati”. (Riwayat al-Haakim)
Menjaga kualiti solat, berdoa agar diberkati waktu, menepati waktu, mengisi masa dengan mengingati Allah.
8- Munazhzhamun fii Syu’unih / منظم في شئونه (TERATUR DALAM SEMUA MASALAHNYA)
“Kebatilan yang teratur, dapat mengalahkan kebenaran yang tidak teratur”. (Ali bin Abi Thalib)
Tidak menangguh kerja, tidak gopoh dan tergesa-gesa, melakukan kerja sebaik mungkin, bijak meletakkan keutamaan kerja, menjaga penampilan serta berdisiplin.
9- Qaadirun ‘alal Kasbi / قادر على الكسب (MAMPU BERUSAHA SENDIRI)
“Tidak ada penghasilan yang lebih baik bagi seorang lelaki daripada bekerja sendiri dengan kedua tangannya”. (Riwayat Ibnu Majah)
Bersikap ihsan dalam bekerja, menjauhi riba’ dalam semua lapangan, menjauhi kemewahan dan pembaziran, tidak mengharap kepada orang lain.
10-Naafi’un lighairihi / نافع لغيره (BERMANFAAT BAGI ORANG LAIN)
“Sebaik-baik manusia, adalah paling bermanfaat bagi sesama manusia”. (Riwayat al-Qudhaa’i)
Mahukan kebaikan untuk orang lain, penuhi hak orang lain (ibubapa, sahabat, jiran), membantu orang yang memerlukan, multitasking, sedia terima dan memberi kritikan, bergaul dengan semua lapisan masyarakat.
Penulis ialah Timbalan Ketua SALWA Terengganu dan juga pensyarah di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Terengganu. Kertas ini telah dibentangkan di Tamrin SALWA Kebangsaan 2019 bertempat di Langkawi pada 27 Muharram 1441H.