Oleh Ustaz Hasri Harun.
Puisi Keampunan
Sembuhkan ku daripada duka Covid
Seharian minda jadi terkurung
Hari demi hari mata ku mendung
Bimbang diserang covid tak tertolong
Buat diri ini sentiasa jadi bingung
Oh 2 tahun sudah berlabuh dipesisiran ini
Menanti suatu keindahan dari duka
Kemana-mana kita biasa terkongkong
Hanya Tuhan yang biasa jadi penolong
Entah kenapa covid ini menggila
Tak tersangka sehebat ini dia
Kalau dulu mati itu terasing
Kini kematian itu seperti biasa
Semalam dia senyum sentiasa
Entah bila esok, lusa pergi selamanya
Ya Tuhan besar sungguh ujianmu
Tak terdaya menggalas bahana ini
Engkau tahu kerana dia dariMu
Ku tadahi tangan dan jiwa terbuka
Memohon apalah daya usaha
Kami tersembam di atas karpet dosa
Kami meminta padamu yang kuasa
Angkatlah covid ini kemana-mana
Atas nama dan rasa duka
Keinsafan terbuka kami hamparkan
Pada Engkau Pemilik nya Wahai Tuhan
Pedih sungguh ujian ini pada kami
Ihsanmu, Tuhan amat besar buat kami
Pada kami yang berdosa ini
Ampuni hamba yang berduka
Bahana ini sebagai cetus rasa
Mengalir bah air mata
Memohon segala kuasa pada Mu
Engkaulah Pemilik dan pemusnah dia
Nukilan : Ustaz Hasri Harun
Naib Presiden Wadah
Bandar Baru Bangi
9 Ogos 2021
Sumber Gambar: NSTP.