WADAH PENCERDASAN UMMAH
WADAH PENCERDASAN UMMAH

PERDANA MENTERI PERLU JUNJUNG KELUHURAN PERLEMBAGAAN DAN DEMOKRASI BERPARLIMEN

Oleh Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman.

Presiden, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) menyeru kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin agar bersikap ikhlas dan terbuka berhubung persoalan jumlah sokongan ahli-ahli parlimen yang dimiliki yang kini sedang menjadi polemik terbuka masyarakat di dalam dan luar negara. Sikap ikhlas dan terbuka tersebut penting demi memastikan keabsahan pentadbiran kerajaan pada masa sekarang sejajar dengan keluhuran perlembagaan dan prinsip demokrasi berparlimen yang menjadi amalan di negara kita.

Wadah ingin menyeru pihak kerajaan agar menyegerakan sidang parlimen dan membentangkan usul bagi menentukan sokongan ahli-ahli parlimen terhadap pentadbiran mereka. Menerusi kaedah ini, polemik tentang keabsahan pentadbiran kerajaan semasa akan dapat diungkai secara berperlembangaan, terhormat dan penuh wibawa.

Wadah ingin menyatakan rasa bimbang sekiranya polemik berhubung keabsahan kerajaan semasa berlanjutan, maka ia akan menjejaskan reputasi negara pada masyarakat antarabangsa dan melemahkan kedudukan ekonomi serta menyukarkan pengurusan pandemik Covid-19 yang semakin serius. Polemik berterusan juga akan menimbulkan rasa hilang keyakinan rakyat terhadap keutuhan amalan demokrasi berparlimen sebagai wasilah penyelesaian terbaik terhadap sebarang isu berkaitan pemerintahan negara pada masa depan.

Wadah ingin menyeru semua ahli parlimen supaya berpegang teguh dengan akhlak luhur dan tidak terjebak dengan perbuatan ‘pembelian sokongan’ yang hangat diperkatakan dalam pelbagai media. Ia adalah perbuatan rasuah yang jelas bertentangan dengan prinsip agama Islam.

Mari kita bersama mendoakan agar keadaan politik negara akan terus utuh dan stabil, dan kerajaan yang mendapat sokongan majoriti rakyat diberi peluang untuk menguruskan permasalahan wabak Covid-19 yang melanda negara kita sekarang dengan jayanya.

Semoga Allah selamatkan Malaysia.

Siaran Media Wadah pada 13 Ogos 2021.

Tadabbur Surah Al-Israa’ (17) ayat 49 hingga 52

Tajuk: Pengingkaran orang-orang musyrik terhadap hari kebangkitan dan bantahan terhadap mereka.Ayat 49 hingga 52 beserta terjemahannya. وَقَالوُٓاْ أءَذَِاْ كُنَّاْْ عِظَمَٰٗ اْْ وَ رُفَتًَٰاْ أءَِناَّْ لمََبۡعُوثوُ نَْْ خَلۡقٗاْْ جَدِيدٗاDan mereka berkata: [...]
Baca Lebih
Pencerdasan 2024 Hak Cipta Terpelihara