Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Saudara Ahmad Farhan Rosli telah dianugerahkan “OUTSTANDING YOUNG LEADERS OF ASIA” dalam sambutan ke 49 Tahun Hari Belia Antarabangsa pada 14 Ogos yang lalu. Beliau merupakan graduan Fakulti Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Global Peace Mission (GPM) Malaysia.
Farhan telah banyak menyumbang dalam bidang aktivisme mahasiswa di peringkat nasional dan serantau. Beliau juga kini merupakan Pengerusi Persatuan Pelajar Islam Asia Tenggara. Semoga anugerah ini menjadi tauladan terbaik kepada pada belia tdi Malaysia. Tahniah diucapkan.