WADAH PENCERDASAN UMMAH
WADAH PENCERDASAN UMMAH

WADAH SYOR BENTUK GABUNGAN PENYELAMAT NEGARA DEMI POLITIK YANG KUKUH

16 Ogos 2021

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) mengesyorkan parti-parti politik berlapang dada dan bersama membentuk kerajaan Gabungan Penyelamat Negara (GPN). Cadangan ini dikemukakan oleh Presiden WADAH, Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada 15 Ogos 2021.

Menurut Ahmad Azam, muafakat ini penting kerana ” politik negara yang kini dalam keadaan tidak menentu dan terumbang ambing”. Menerusi gabungan ini, politik negara akan dapat kembali kukuh bagi menghadapi pelbagai cabaran terutama manangani penularan Covid-19.

WADAH juga menegaskan bagi memastikan kerajaan gabungan ini kukuh dan stabil, ia hendaklah dipimpin Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku ketua parti Pakatan Harapan yang telah memperoleh mandat yang sah pada pilihanraya umum ke 14 lalu. Ini kerana, “kepemimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam agenda menjayakan reformasi negara telah mendapat dokongan rakyat terbanyak serta pengalaman kaya dan luas beliau dalam bidang politik nasional dan antarabangsa dan diyakini akan dapat menstabilkan dan menguatkan semula keadaan pentadbiran kerajaan hari ini yang rapuh”.

Ahmad Azam juga menganjurkan agar kerajaan gabungan yang dibentuk nanti “hendaklah bersifat inklusif di mana ia mesti melibatkan tokoh-tokoh yang berwibawa dalam pelbagai bidang samada dari kalangan ahli politik, pakar akademik dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan yang berkelayakan.

Beliau juga mencadangkan agar kerajaan gabungan itu nanti mesti memberi tumpuan terhadap tindakan menangani penularan Covid-19 serta mengusulkan penggubalan Akta Anti Lompat Parti di kalangan Ahli-ahli Parlimen Malaysia. Tindakan gugur keanggotaan sebagai Ahli Parlimen hendaklah dikuatkuasakan demi memastikan kestabilan politik negara di masa depan.

Ahmad Azam juga menyeru kerajaan gabungan mesti mengambil kesempatan dari tempoh pentadbirannya meningkatkan agenda kebajikan rakyat, memperjuangkan keadilan sosial dan memerangi gejala rasuah di segenap peringkat masyarakat demi memastikan negara kita dihormati kembali oleh masyarakat antarabangsa.

Sila rujuk teks Siaran Media dalam Bahasa Inggeris di bawah.

Akal licik Yahudi untuk menangkap ikan pada hari Sabtu dan siksaan bagi para penentang

Ayat 163 hingga 166 beserta terjemahannya. وَسۡ‍َٔلۡهُمۡ عَنِ ٱلۡقَرۡيَةِ ٱلَّتِي كَانَتۡ حَاضِرَةَ ٱلۡبَحۡرِ إِذۡ يَعۡدُونَ فِي ٱلسَّبۡتِ إِذۡ تَأۡتِيهِمۡ حِيتَانُهُمۡ يَوۡمَ سَبۡتِهِمۡ شُرَّعٗا وَيَوۡمَ لَا يَسۡبِتُونَ لَا تَأۡتِيهِمۡۚ كَذَٰلِكَ نَبۡلُوهُم [...]
Baca Lebih
Pencerdasan 2024 Hak Cipta Terpelihara