Kenyataan Akhbar
21 Ogos 2021
- Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) ingin menegaskan bahawa kestabilan politik adalah penting untuk menangani krisis Covid-19 dan krisis ekonomi yang sedang melanda negara tersayang.
- Wadah menggesa agar pengumuman oleh ke bawah DYMM YDPA melantik Dato Seri Ismail Sabri selaku Perdana Menteri yang ke-9, di terima dengan lapang dada oleh semua.
- Wadah ingin mempertegaskan bahawa sesungguhnya ini adalah amanah kepemimpinan yang amat berat di kala pandemik Covid-19 yang semakin meningkat dan sektor ekonomi yang turut terjejas.
- Wadah turut mengingatkan, sesuai dengan hasrat DYMM YDPA, kini adalah masa untuk membina Kabinet baharu, merentas kepentingan Parti untuk menumpu kepada usaha menangani krisis Covid-19 dan krisis ekonomi.
- Wadah berharap semoga PRU15 nanti akan terbentuk kerajaan mandat rakyat yang tidak lagi dikhianati oleh mana-mana Ahli Parlimen dengan menggubal Akta Lompat Parti yang menggugurkan keahlian Ahli Parlimen yang berbuat demikian.
- Marilah kita berdoa semoga Allah SWT mempermudahkan untuk Malaysia segera pulih dari krisis yang melanda. Aameen.
Sekian.
DATO’ AHMAD AZAM AB RAHMAN
Presiden, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).