WADAH PENCERDASAN UMMAH
WADAH PENCERDASAN UMMAH

WADAH SYOR PEMBENTUKAN KABINET YANG MERENTASI KEPENTINGAN PARTI

Kenyataan Akhbar

21 Ogos 2021

  1. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) ingin menegaskan bahawa kestabilan politik adalah penting untuk menangani krisis Covid-19 dan krisis ekonomi yang sedang melanda negara tersayang.
  • Wadah menggesa agar pengumuman oleh ke bawah DYMM YDPA melantik Dato Seri Ismail Sabri selaku Perdana Menteri yang ke-9, di terima dengan lapang dada oleh semua.
  • Wadah ingin mempertegaskan bahawa sesungguhnya ini adalah amanah kepemimpinan yang amat berat di kala pandemik Covid-19 yang semakin meningkat dan sektor ekonomi yang turut terjejas.
  • Wadah turut mengingatkan, sesuai dengan hasrat DYMM YDPA,  kini adalah masa untuk membina Kabinet baharu, merentas kepentingan Parti untuk menumpu kepada usaha menangani krisis Covid-19 dan krisis ekonomi.
  • Wadah berharap semoga PRU15 nanti akan terbentuk kerajaan mandat rakyat yang tidak lagi dikhianati oleh mana-mana Ahli Parlimen dengan menggubal Akta Lompat Parti yang menggugurkan keahlian Ahli Parlimen yang berbuat demikian.
  • Marilah kita berdoa semoga Allah SWT mempermudahkan untuk Malaysia segera pulih dari krisis yang melanda. Aameen.

Sekian.

DATO’ AHMAD AZAM AB RAHMAN

Presiden, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).

Tadabbur Surah Al-Israa’ (17) ayat 49 hingga 52

Tajuk: Pengingkaran orang-orang musyrik terhadap hari kebangkitan dan bantahan terhadap mereka.Ayat 49 hingga 52 beserta terjemahannya. وَقَالوُٓاْ أءَذَِاْ كُنَّاْْ عِظَمَٰٗ اْْ وَ رُفَتًَٰاْ أءَِناَّْ لمََبۡعُوثوُ نَْْ خَلۡقٗاْْ جَدِيدٗاDan mereka berkata: [...]
Baca Lebih
Pencerdasan 2024 Hak Cipta Terpelihara