WADAH PENCERDASAN UMMAH
WADAH PENCERDASAN UMMAH

HARI ASYURA YANG KITA SAMBUT

Oleh Haji Zaidi Hasan

Hari ini Hari Asyura’. Hari dari hari-hari besar dalam agama kita dalam setahun.

Hari yang berpuasa padanya diharapkan menghapuskan dosa setahun. Hari yang amal baik digandakan ganjaran.

Hari ini dikaitkan juga dengan terselamatnya Saiyyidina Musa dan Saiyyidina Harun ‘ alaihima assalam dari ancaman Firaun.

Firaun , pemerintah yang sangat berkuasa yang disokong oleh:
(1) menteri dan anggota kerajaannya seperti Haman serta tentera kerajaan
(2) golongan usahawan dan hartawan seperti Qarun
(3) golongan ahli agama seperti tukang- tukang sihir
(4) golongan pengamal pengebahan dan pengiklanan (media massa) seperti mereka yang menghebuhkan masa dan tempat pertemuan antara Saiyyidina Musa dan ahli- ahli sihir.

Sementara Saiyyidina Musa dibantu oleh saudaranya, Saiyyidina Harun. Baginda dibebani pula dengan pengikut baginda yang banyak keliru dan tidak tetap pendirian, citarasa yang rosak, serta mudah dipengaruhi oleh dakyah yang bertentangan – umpama dakyah sesatnya Samiri

Sedangkan Saiyyidina Musa membesar dalam segala kemewahan di istana Firaun. Sekiranya dihitung berdasarkan sifir kebendaan – apalah untung Saiyyidina Musa bangun berdepan dengan Firaun yang punya segala kuasa dan kekuatan. Seakan lebih wajar bagi Saiyyidina Musa menikmati kemewahan di Istana daripada mendedahkan dirinya kepada ancaman akibat perjuangan untuk membebaskan kaumnya daripada terus ditindas oleh Firaun, daripada kaumnya hidup dan kehinaan dan perhambaan.

Tetapi keyakinan, tetapi kepatuhan menjunjung kebenaran, tetapi kesetiaan kepada Agama membawa Saiyyidina Musa keluar dari kemewahan istana untuk mendepani kezaliman Firaun, untuk mengepalai kaumnya yang hanyut tanpa keberanian dan keteguhan tekad.

Kemuncaknya Saiyyidina Musa membawa kaumnya keluar dari Mesir sebelum subuh , pemergian mereka disedari oleh Firaun. Mereka dikejar oleh pasukan tentera yang lengkap. Sehingga mereka menghampiri laut, di depan laut, dan cerah sinar pagi menampakkan kepada mereka pasukan Firaun yang semakin dekat mengejar mereka dari belakang.

Ketakutan mereka memuncak, sesungguhnya mereka benar- benar terkepung antara laut dan tentera Firaun.

Ketika itu pertolongan Allah datang, datangnya sebagai keajaiban yang di luar daya upaya manusia. Laut terbelah untuk memberi laluan kepada Saiyyidina Musa dan pengikut baginda.

Laut itulah juga kemudiannya memerangkap Firaun dan tenteranya. Firaun terperangkap di ketika dia telah berjaya memerangkap dan mengepung Saiyyidina Musa dan pengikut baginda – terperangkap di antara tentera yang lengkap oeralatan dan lautan luas yang terbentang.

Pertolongan Allah serta Kejayaan Saiyyidina Musa ini, perjuangan baginda yang penuh perit jerih semada dari kezaliman Firaun mahupun rendah budi serta hemmah kaum baginda.

Firaun serta pembantu-pembantunya sentiasa ada di sepanjang zaman, hanya saiz, format dan skripnya sedikit berubah. Ada Firaun di dalam diri kita, yang dinamakan nafsu . Ada Firaun di dalam masyarakat kita. Oleh itu kita perlu mengingati, mempelajari, mengamalkan tauladan yang telah ditunjukki oleh Saiyyidina Musa alaihi as-salam

Inilah sebahagian peringatan yang kita sambut setiap tahun. Setahun sekali, kita tambatkan kembali kesedaran dan tekad kita kepada perjuangan, pengorbanan, pembersihan jiwa serta munajat Saiyyidina Musa yang hebat itu.

Inilah Asyura yang kita sambut, Ashura yang malam dan siangnya kita penuhi dengan ketaatan dan zikir kepada Allah, berselawat ke atas Rasul kita Sollallahu alaihi wassallam dan para anbiya terdahulu.

Akal licik Yahudi untuk menangkap ikan pada hari Sabtu dan siksaan bagi para penentang

Ayat 163 hingga 166 beserta terjemahannya. وَسۡ‍َٔلۡهُمۡ عَنِ ٱلۡقَرۡيَةِ ٱلَّتِي كَانَتۡ حَاضِرَةَ ٱلۡبَحۡرِ إِذۡ يَعۡدُونَ فِي ٱلسَّبۡتِ إِذۡ تَأۡتِيهِمۡ حِيتَانُهُمۡ يَوۡمَ سَبۡتِهِمۡ شُرَّعٗا وَيَوۡمَ لَا يَسۡبِتُونَ لَا تَأۡتِيهِمۡۚ كَذَٰلِكَ نَبۡلُوهُم [...]
Baca Lebih
Pencerdasan 2024 Hak Cipta Terpelihara