WADAH PENCERDASAN UMMAH
WADAH PENCERDASAN UMMAH

UST. SIDDIQ FADZIL – GURU BANGSA YANG MENGAKAR DI HATI NURANI UMAT

Oleh Ahmad Azam Ab Rahman

InnaliLlahi wainna ilayhi raajiuun.

Bulan Muharram 1443. Bulan yang penuh berkah.

Semalam aku menyaksikan pulangnya Murabbiku, Guruku yang dikasihi ke pangkuan Yang Maha Agong, Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang tempat kembali segala kejadian, segala penciptaan, setiap makhluk.

Sedihnya aku bukan kepalang. Kering air mata menangisi pemergianmu. Tika umat berantakan, politik bukan lagi atas prinsip kebenaran dan keadilan, nafsu serakah menjadi tuhan, tika umat memerlukan bimbingan, buah fikirannmu yang tajam dan bernas, tika itu engkau dipanggil pulang ke Rahmat ALlah yang Maha Mengasihi.

Sedihnya bukan kepalang. Murabbi kesayangan umat. Namun, ketibaan ajal, tidak datang awal atau lambat. Walau sesaat.

Engkau pulang setelah menyelesaikan tugasanmu dengan cemerlang. Engkau pulang meninggalkan khazanah ilmu yang bukan kepalang. Syarahanmu penuh makna sentiasa disulami pantun seloka,senda gurau yang dalam makna.Tulisanmu padat dengan ilmu Qurani dengan bahasa yang tepat dan mendalam. Kritikanmu sarat nilai kebenaran yang tak mampu disanggah walaupun pahit. Pemikiranmu menyanggah segala yang bersifat ghuluw dan ta’asub. Wasatiyyatul Islam bukan sederhana, tapi yang terbaik buat tafsiranmu.

Engkaulah guru bangsa yang mengakar di hati nurani umat. Aku bersyukur menjadi muridmu. Menadah ilmu darimu yang sentiasa segar dengan naratif baharu.Aku bersyukur kerana banyak bermusafir denganmu. Mengatur perjalananmu bertemu pemikir seangkatan denganmu demi membangun umat tercinta.

Permusafiran denganmu adalah nikmat terbesar buatku. Banyak pesan dan nasihatmu yang akan ku genggam sebagai wasiatmu. Amanah berat yang akan aku gagahi jua selagi termampu. Ya Rabb! Aku bersaksi bahawa Ustaz Siddiq, guruku telah melakukan yang terbaik untuk agamamu.

Hidupnya diatas jalan-Mu sarat dengan amanah ilmu yang Engkau rezekikan kepadanya. Berehatlah akan dikau guruku. Tugasan duniawi mu engkau sempurna kan dengan terbaik sekali. Inilah kesaksianku Ya Rabb!

Us Siddiq Fadzil kembali ke RahmatuLlah pada 22 Muharram 1443/31 Ogos 2021 jam 6:32 petang di Bangi.

Tadabbur Surah Al-Israa’ (17) ayat 49 hingga 52

Tajuk: Pengingkaran orang-orang musyrik terhadap hari kebangkitan dan bantahan terhadap mereka.Ayat 49 hingga 52 beserta terjemahannya. وَقَالوُٓاْ أءَذَِاْ كُنَّاْْ عِظَمَٰٗ اْْ وَ رُفَتًَٰاْ أءَِناَّْ لمََبۡعُوثوُ نَْْ خَلۡقٗاْْ جَدِيدٗاDan mereka berkata: [...]
Baca Lebih
Pencerdasan 2024 Hak Cipta Terpelihara