WADAH PENCERDASAN UMMAH
WADAH PENCERDASAN UMMAH

SHEIKH AZMI ULAMA’-HARAKI YANG DISEGANI

Oleh Ahmad Azam Ab Rahman

“Apakah (orang-orang) yang memberi minuman kepada orang-orang yg mengerjakan haji dan mengurus Masjidil Haram, kamu samakan dengan orang-orang yg beriman kepada Allah dan hari kemudian serta berjihad di jalan Allah? Mereka tidak sama disisi Allah. Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang zalim.” (at-Tawbah 9:19)

Inilah ayat yang dikupas oleh Sheikh Azmi selaku Murabbi yang merupakan ayat Al Quran yang dipilih oleh Imam Yusof Al Qaradawi sebagai mukaddimah buku Fiqh Al Awlawiyyat yang merupakan teks Usrah ABIM Pusat dan petugas agensi waktu saya masih memegang amanah Presiden ABIM.

Realiti  takdir yang tidak dapat ditolak oleh setiap insan ialah ketibaan ajal yang tidak mampu dijangka dan ditolak oleh sesiapa. Inilah rahsia Allah yang sarat dengan hikmah yang tidak mampu dijangkau oleh fikiran manusia.

Beberapa tahun kebelakangan ini, Jamaah kita mulai kehilangan satu demi satu tokoh murabbi dan pemimpin dipelbagai peringkat organisasi. Kita telah kehilangan tokoh ulama saperti Sheikh Azmi Ahmad, Ustaz Nikmat Yusof. Mutakhir, kita kehilangan Cikgu Abdul Halim Ismail dan Ustaz Siddiq Fadzil. Tentu sekali kita akan merindui mereka semua dan merasai kehilangan yang tiada gantinya. Namun demikian, kita tidak mampu menolak takdir yang telah ditentukan Allah Yang Maha Bijaksana.

Setiap tokoh mempunyai legasi yang tersendiri yang tentunya memberi inspirasi kepada kita yang masih belum tamat tugasan didunia ini. Atas dasar inilah keluarga besar Jemaah memperkenalkan Siri Legasi Perjuangan sebagai usaha mengenang legasi tokoh yang telah pergi mengadap ILahi untuk tujuan inspirasi kepada generasi mendatang bagi meneruskan perjuangan yang suci ini. Ini juga bagi mengelakkan generasi pelanjut perjuangan dari menderita “Syndrome Historical Amnesia” iaitu lupa sejarah perjuangan zaman lampau.

Ucapan Sentiasa Dinantikan

Sheikh Azmi adalah tokoh ulama haraki yang cukup disegani. Nasihat dan pandangannya mampu disampaikan secara bersahaja bersalut dengan gelak tawa dan senyuman yang cukup bermakna. Disetiap Muktamar ABIM, ucapannya adalah diantara yang sentiasa dinantikan oleh para Muktamirin.

Beliau adalah graduan Universiti Baghdad dalam bidang Pengajian Syariah dan Kesusasteraan dan sekembalinya ke tanahair,beliau bertugas di Jabatan Agama dan Kehakiman. Jawatan terakhir beliau ialah sebagai Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan selama 3 bulan sebelum menceburkan diri dalam politik Reformasi pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1999.

Sheikh Azmi pulang ke RahmatuLlah pada 1 March 2008 ketika berumur 65 tahun akibat penyakit jantung dan kencing manis.

Sheikh Azmi telah meninggalkan suatu legasi perjuangan dakwah yang cukup menginspirasikan. Beliau adalah ulama haraki yang cukup disenangi semua pihak. Pendedahan kepada Tarbiah Ikhwan Muslimin ketika belajar di Baghdad banyak membantu Gerakan kita dalam soal memahami Fiqh Haraki dan kerohanian. Beliau telah mendapat ijazah bacaan Al Ma’thurat dari Ikhwan Muslimin Iraq dan telah mengijazahkannya pula kepada ahli ABIM yang sempat berguru dengannya. Beliau bersama dengan Ustaz Niamat Yusof adalah tunggak kepada kekuatan ABIM Kedah. Sheikh Azmi pernah dipilih sebagai Naib Presiden ABIM Pusat.

Ukhwah Kekuatan Generasi Pengasas

Antara faktor kekuatan ABIM hingga mampu bertahan sampai hari ini ialah kekuatan ukhuwwah generasi pengasasnya. Generasi yang telah diuji dengan segala fitnah dan mehnah di awal penubuhan ABIM menjadi asbab kekentalan ukhuwwah dan kasih sayang sesama mereka yang sukar untuk difahami oleh geberasi kini. Sebagai generasi kedua ABIM, saya telah menyaksikan keindahan ukhuwwah antara Ustaz Razali Nawawi, Dato Seri Anwar Ibrahim, Ustaz Siddiq Fadzil, Sheikh Azmi Ahmad, Ustaz Niamat Yusof, termasuk Ustaz Muhammad Nur Manuty dan ramai lagi yang tidak dapat disebutkan satu persatu.

Malah penglibatan Sheikh Azmi dalam politik adalah atas semangat ukhuwwah yang cukup murni demi membela maruah Anwar Ibrahim. Beliau sanggup melepaskan jawatan tinggi yang baru dinikmatinya selama hanya 3 bulan demi persahabatan yang cukup indah. Rasanya tidak ramai yang mampu memahaminya.

Semoga Siri Legasi Perjuangan ini bakal mencetuskan semangat baharu untuk kita terus berjihad melakukan Islah dan Tajdid sehingga Allah memberi kemenangan yang hakiki. Allahu Akbar!

Penulis ialah Presiden WADAH. Ucapan ini disampaikan pada Forum Kenangan Sumbangan Sheikh Azmi Ahmad Dalam Dakwah dan Politik Umat di Malaysia pada 19 September 2021, Ahad , 9.00-12.30 tengahari.

Tadabbur Surah Al-Israa’ (17) ayat 49 hingga 52

Tajuk: Pengingkaran orang-orang musyrik terhadap hari kebangkitan dan bantahan terhadap mereka.Ayat 49 hingga 52 beserta terjemahannya. وَقَالوُٓاْ أءَذَِاْ كُنَّاْْ عِظَمَٰٗ اْْ وَ رُفَتًَٰاْ أءَِناَّْ لمََبۡعُوثوُ نَْْ خَلۡقٗاْْ جَدِيدٗاDan mereka berkata: [...]
Baca Lebih
Pencerdasan 2024 Hak Cipta Terpelihara