WADAH PENCERDASAN UMMAH
WADAH PENCERDASAN UMMAH

TEGURAN ALLAH SWT TERHADAP PASUKAN UHUD (TADABUR SURAH ALI-IMRAN 3:142-145)

Dr. Ismail Abdullah, Dr Abdul Halim el- Muhammady. Tadabur Surah Ali-Imran (3) ayat 142 hingga 145 (Tafsir Al-Munir, Sheikh Dr Wahbah Zuhaily rhm). berkaitan:

Teguran terhadap Sebagian pasukan uhud akan kesucian jihad dan keharusan teguh di dalam memegang prinsip serta mengingatkan bahwa kematian terjadi atas izin dan kehendak Allah SWT (Bahagian 1). (Terjemahan ayat 142 hingga 145.)

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)? (Ali-Imran (3), ayat 142). Dan sesungguhnya kamu telah mengharap-harapkan mati Syahid (dalam perang Sabil) sebelum kamu menghadapinya. Maka sesungguhnya kamu (sekarang) telahpun menyaksikannya dan kamu sedang melihatnya (dengan mata kepala sendiri) (Ali-Imran (3), ayat 143).

Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu) (Ali-Imran (3), ayat 144).


Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). Dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, kami berikan behagiannya dari balasan akhirat itu; dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur
(Ali-Imran (3), ayat 145).

Nota: Terjemahan di atas diambil daripada, https://www.surah.my/.

Tafsiran yang disampaikan oleh Dr. Abdul Halim El – Muhammady (28-10-2021). (Rujuk link video di bawah) (Tafsir Al-Munir, Sheikh Dr Wahbah Zuhaily rhm).

  1. Allah memberi peringatan agar tentera Islam yang ada di medan perang tidak merasa lemah kerana akibat peperangan sama sahaja. Ada yang syahid dan ada yang hidup. Mereka perlu berjihad. Allah menjanjikan pahala syurga di akhirat nanti bagi orang-orang yang berjihad di jalan Allah. Mereka yang beriman mempertahankan keadilan dan meneruskan perjuangan Islam sehingga berjaya. Mereka masih teringat kepada Perang Badar yang lalu, dan bersungguh- sungguh dalam Perang Uhud ini dengan tujuan untuk kemenangan atau mati syahid. Hidup dan mati berada di tangan Allah SWT.
  2. Dalam kelam kabut perang tersebut, ada yang menjerit bahwa Nabi Muhammad SAW terbunuh. Umar Al-Khatab
    mengatakan siapa yang berkata demikian dia akan hadapi orang tersebut. Fitnah ini disebarkan agar tentera Islam
    menjadi kucar-kacir. Apabila mengetahui Nabi Muhammad SAW masih hidup, tentera Islam bersemangat untuk terus mara melawan musuh. Allah Maha Mengetahui siapa yang benar-benar berjuang dalam Perang Uhud itu, dan merekalah yang akan mendapat ganjaran syurga.
  3. Allah tahu siapa yang istiqomah dalam perjuangan. iat yang ikhlas dan mempunyai kesabaran yang tinggi merupakan kualiti tentera Islam yang Allah kehendaki. Dalam Perang Uhud tentera yang mengawal Bukit ar-Rumaah telah meninggalkan posisi mereka yang strategik kerana tergiur dengan harta rampasan perang. Peluang ini diambil oleh tentera kufur untuk membuat serangan dan menguasai bukit tersebut. Jika ada tentera Islam yang berpatah balik dan kembali kufur, Allah SWT tidak rugi merekalah yang rugi sebenarnya. Allah akan menilai tindakan pengecut mereka.
  4. Hasil peperangan belum tentu kematian kerana kematian dan kehidupan itu berada di tangan Allah semata-mati. Allah akan membantu mereka yang betul-betul berjuang kerana Allah dengan kemenangan. Balasan akan diterima di ahri Akhirat nanti. Allah tahu siapa yang benar-benar berjuang kerana Islam atau
    berjuang kerana ghanimah perang. Melalui ayat 142 tersebut Allah bertanya, “adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?”
  5. Ayat ini merujuk kepada sikap tentera Islam yang berjuang. Apakah mereka ikhlas atau kerana niat yang lain. Jihad melawan nafsu sendiri dan jihad melawan musuh. Juga jihad dengan harta. Semua niat-niat ini Allah Maha Mengetahui. Kita juga perlu berjihad melawan kebathilan (nahi munkar) dalam masyarakat. Itu semua dianggap peperangan iaitu peperangan terhadap nafsu diri sendiri, melawan musuh, berjihad dengan harta dan
    jiwa raga, bersabar dalam setiap hal, dan menegakkan kebenaran sepanjang masa.

    Kesimpulan

    Beberapa kesimpulan yang dapat kita ambil daripada kuliah ini ialah:
  1. Peperangan dalam Islam akan menguji niat, kesabaran,kesungguhan, persiapan dan jihad yang dituntut oleh
    Allah SWT.
  2. Dalam peperangan ada kemungkinan menang atau syahid. Semua itu Allah yang tentukan. Allah menilai
    semua itu dan akan diberikan ganjaran pahala syurga di akhirat nanti.
  3. Tentera Islam menghadapkan mati syahid, tetapi Allah SWT sahaja yang menentukan semua itu.
  4. Sebahagian tenteram Islam dalam Perang Badar tiada pengalaman Perang Badar yang berlaku sebelumnya.
  5. Dalam perang, musuh akan menggunakan tektik dengan mengatakan Nabi terbunuh, tetapi sebenarnya Nabi masih
    hidup. Mereka mengatakan ini dengan tujuan untuk melemahkan tentera Islam.
  6. Nabi adalah manusia, apabila sampai masanya dia juga akan meninggal. Siapa yang menyembah Allah, Dia hidup
    selama-lamanya.
  7. Jika ada yang kembali kepada agama asal kerana mendapat kepayahan dalam Islam, Allah tiada rugi apaapa, mereka yang rugi sebenarnya.
  8. Tujuan peperangan ialah untuk menyekat kebathilan daripada terus tersebar dan menghapuskan penentangan
    terhadap risalah Rasulullah SAW. Semoga kita mencari fakta yang benar dan tidak menyeleweng
    fakta yang Allah turunkan melalui al-Quran. Aamiin!!!…

Nota ini tidak lengkap, pencatit hanya mampu mencatit semampunya. Pembaca mestilah membuat kajian lanjut bagi menambah fakta-fakta. Jika ada yang salah, itu adalah kelemahan saya sendiri. Segala kebenaran adalah daripada Allah semata-mata. Harap maklum bahawa versi ini belum diedit secara sempurna dan edarannya hanya terbatas kepada ahli Wadah sahaja. Pembaca boleh melengkapkan nota ini dengan merujuk kepada terjemahan (Bahasa Indonesia) yang disertakan. Dalam lampiran saya berikan sedutan dan ringkasan yang saya ambil daripada Tafsir Al-Munir (Terjemahan Bahasa Indonesia) sebagai rujukan.

Pencatat & Pengkaji: Dr. Ismail Abdullah, Teras Jernang, 28-10-2021 (Khamis).

NOTA CATATAN & LAMPIRAN NOTA DARI TAFSIR AL- MUNIR (TERJEMAHAN INDONESIA)

VIDEO RAKAMAN MYWAPTV.COM

https://www.facebook.com/mywaptv/videos/574135290367748

Nota:
1. Gambar: https://en.wikipedia.org/wiki/Battle_of_Uhud#/media/File:Battle_of_Uhud_624_CE.png

Akal licik Yahudi untuk menangkap ikan pada hari Sabtu dan siksaan bagi para penentang

Ayat 163 hingga 166 beserta terjemahannya. وَسۡ‍َٔلۡهُمۡ عَنِ ٱلۡقَرۡيَةِ ٱلَّتِي كَانَتۡ حَاضِرَةَ ٱلۡبَحۡرِ إِذۡ يَعۡدُونَ فِي ٱلسَّبۡتِ إِذۡ تَأۡتِيهِمۡ حِيتَانُهُمۡ يَوۡمَ سَبۡتِهِمۡ شُرَّعٗا وَيَوۡمَ لَا يَسۡبِتُونَ لَا تَأۡتِيهِمۡۚ كَذَٰلِكَ نَبۡلُوهُم [...]
Baca Lebih
Pencerdasan 2024 Hak Cipta Terpelihara