WADAH PENCERDASAN UMMAH
WADAH PENCERDASAN UMMAH

WADAH PILIH KEPIMPINAN BARU SESI 2021/24

Siaran Media.

29 Disember 2021.

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) telah memilih barisan kepimpinan baru untuk sesi 2021/24 bersempena Muktamar Nasional (MUKNAS) yang telah diadakan pada 25 Disember 2021 lalu. Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman, yang kini merupakan Penasihat Khas Kementerian Luar Bagi Hal Ehwal Afghanistan kekal menerajui WADAH. Manakala Timbalan Presiden WADAH disandang oleh Ustaz Hasri Harun, seorang pensyarah di Universiti Selangor (UNISEL). Beliau menggantikan Haji Ab Halim Ismail yang kembali ke rahmatullah beberapa bulan lalu. Seramai empat Naib Presiden telah dipilih memimpin WADAH pada kali ini iaitu Haji Ab Khudus Mohd Naaim, Prof Madya Dr Nur Izura Udzir, Ustaz Mohd Yusop Hasan dan Prof Dr Mohd Fauzan Noordin.

WADAH juga telah melantik Dr Muhamad Razak Idris, seorang ahli akademik di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan (UKM) sebagai  Setiausaha Agung baru menggantikan Haji Mohd Halimi Abdul Hamid yang diamanahkan sebagai Setiausaha Kewangan. Manakala, Saudara Khairul Ariffin Mohd Munir telah diamanahkan sebagai Penolong Setiausaha Agung.          

Ahli-ahli Jawatankuasa WADAH yang lain ialah En. Fauwaz Hasbullah, Hj. Amidi Abdul Manan, Ustaz Zamri Zainal Abidin, Puan Mahanom Basri, Hj. Ahmad Sulaiman, Hj. Azizuddin Ahmad, Hajjah Nordiran Idris, En. Ahmad Saparuddin, Ustaz Naim Mohd Nor dan Puan Maria Kamel.

Sebahagian Barisan Ahli Jawatankuasa Pusat WADAH 2021/24

BUKTIKAN SEMANGAT KEMBALI KEPADA FITRAH

Oleh : Hasri Harun Kembali Kepada Fitrah Semangat Eidulftri adalah membentuk diri ini agar dekat kepada fitrah kejadian manusia, iaitu bersih dan hilang daripada segala kekotoran. Kejadian manusia ini adalah [...]
Baca Lebih

BUKTIKAN SEMANGAT KEMBALI KEPADA FITRAH

oleh Hasri Harun Kembali Kepada Fitrah Semangat Eidulftri adalah membentuk diri ini agar dekat kepada fitrah kejadian manusia, iaitu bersih dan hilang daripada segala kekotoran. Kejadian manusia ini adalah tanpa [...]
Baca Lebih

BERSAHUR ADA KEBERKATANNYA

DrIsbah, Teras Jernang, 16-03-2025 / 15-RAM-1446H (Ahad).RujukanAl-Qur’an dan Hadits Nabi Muhammad saw. Ringkasan: Dalam sebuah hadits Riwayat Imam al-Bukhari, Nabi SAW bersabda; “Bersahurlah kalian, kerana sesungguhnya dalam sahur itu terdapat [...]
Baca Lebih
Pencerdasan 2024 Hak Cipta Terpelihara