19 Julai detik tiba
Mendengar sebuah pemergian
Insan dikasihi umat dunia
Kelembutan sifat yang menawan
Diulit kata-kata yang berhikmah
Itulah dia Ustaz Zul yang ku kenali
Tak terlepas senyum dan tenangnya
Moga kehilangan ini bukan menduka
Kehilangan ini bakal menambah
Rasa untuk menjadi sepertinya
Selamat jalan murabbiku
20 Julai sekali lagi berita
Insan yang ku kagumi pergi jua
Kehebatannya dalam dunia intelek
Ternyata tiada bandingannya
Dia pergi bersama legasi dan ilmu
Itulah Ustaz Dr Kamil Majid kukenali
Insan yang tegas dan hikmah kata
Tidak gentar dalam hadapi apa-apa
Perang ilmu dengan siapa
Ribuan anak muridnya menduka
Selamat jalan wahai murabbiku
21 Julai sekali lagi menusuk jiwa
Seorang insan pernah digelar ‘singa’
Hebat sifat dan sikapnya
Seorang guru, pendidik dan bicara
Pernah memimpin kami
Kata-katanya membengkam
Nasihatnya amat mencuka
Itulah gaya dan caranya
Itulah Cikgu Dato Idris Jusi
Walau dibadai kata tak pernah
Diri ini rasa terseksa
Selamat jalan moga amal jadi bekal
Kami rindu dengan nasihatnya
Itulah janjinya
Ingatan buat kita semua
Yang datang akan pergi
Yang tinggal terus berbakti
Semoga murabbi kami
Diberkati dan terus jadi inspirasi
Nukilan: Hasri Harun
Timbalan Presiden Wadah
23 Julai 2022
Bandar Baru Bangi Selangor