WADAH PENCERDASAN UMMAH
WADAH PENCERDASAN UMMAH

PUISI ATAS PUISI

(Dedikasi untuk Seniman Negara Usman Awang, yang menulis puisi untuk DSAI)

Puisiku

Atas puisimu,

Seorang Sasterawan Negara,

Adalah rasa keharuan

Seorang perempuan,

Yang menyimpan kenangan,

Dan rasa penghormatan

Kepada seorang negarawan.


Puisiku

Atas puisimu,

Seorang Usman Awang,

Ibarat batu kerikil

yang memandang bintang,

Begitu kerdil,

Begitu jauh terhalang,

Untuk melepasi awan gemawan!


Puisiku

Atas puisimu

Dengan maksud yang satu,

Menghargai putera itu,

bersama rasa kagum dan malu!


Puisiku

Atas puisimu

Sempena hari ia dilahirkan ibu,

Dan kita menulisnya dengan

rasa terharu,

Bercampur pilu,

Kerana hari itu,

Sering berlalu,

Di sebalik tembok batu!

Terima kasih Sasterawanku,

Kerana tidak segan silu,

Menitip puisi lewat kartu,

Pada saat semua menuduh melulu,

Hingga terobek segala maruah,

Dan kebenaran menjadi kalah!

Terima kasih Sasterawanku,

Kerana tidak malu,

Atau takut yang terburu-buru,

Untuk menzahir restu,

Sempena ulangtahun penuh syahdu,

Dengan rasa penuh rindu!


Puisiku

Atas puisimu,

Tidak perlukan waktu,

Hingga aku,

berada di tempatmu!


Puisiku

Atas puisimu,

Bersama berbisik penuh seru,

“Selamat Ulang Tahun Kelahiran”

pada tanggal sepuluh Ogos itu!



Nukilan: Nor Salimah Abu Mansor

Terengganu, 10 Ogos 2023

BUKTIKAN SEMANGAT KEMBALI KEPADA FITRAH

Oleh : Hasri Harun Kembali Kepada Fitrah Semangat Eidulftri adalah membentuk diri ini agar dekat kepada fitrah kejadian manusia, iaitu bersih dan hilang daripada segala kekotoran. Kejadian manusia ini adalah [...]
Baca Lebih

BUKTIKAN SEMANGAT KEMBALI KEPADA FITRAH

oleh Hasri Harun Kembali Kepada Fitrah Semangat Eidulftri adalah membentuk diri ini agar dekat kepada fitrah kejadian manusia, iaitu bersih dan hilang daripada segala kekotoran. Kejadian manusia ini adalah tanpa [...]
Baca Lebih

BERSAHUR ADA KEBERKATANNYA

DrIsbah, Teras Jernang, 16-03-2025 / 15-RAM-1446H (Ahad).RujukanAl-Qur’an dan Hadits Nabi Muhammad saw. Ringkasan: Dalam sebuah hadits Riwayat Imam al-Bukhari, Nabi SAW bersabda; “Bersahurlah kalian, kerana sesungguhnya dalam sahur itu terdapat [...]
Baca Lebih
Pencerdasan 2024 Hak Cipta Terpelihara