Oleh: Dr Muhammad Saied Bakar.
Terjemahan: Mohammad Umar Aiman Bin Osman.
Segala puji bagi Allah yang menjadikan kita sebagai orang Islam dan menyatukan hati hati kita semua maka seorang Muslim itu adalah saudara kepada seorang Muslim, tidak boleh menzalimi sesama mereka dan tidak boleh menyerahkan saudaranya kepada musuh atau orang yang berlaku zalim.
Selawat dan salam ke atas Imam para pendakwah dan panglima sekalian Mujahid serta ke atas mereka yang mengikuti kebaikan Baginda sehinggalah ke hari akhirat.
Semua umat Islam hari ini sedang mengikuti apa yang berlaku kepada saudara mereka di Gazza, al Aqsa dan Palestin seluruhnya akibat dari perbuatan Zionis dan pendukungnya di Timur dan Barat. Mereka juga sedang menyaksikan bagaimana Zionis meruntuhkan sekolah-sekolah, masjid-masjid dan hospital-hospital. Mereka juga sedang membunuh wanita-wanita, warga emas dan kanak-kanak. Bahkan bagaimana mereka menggunakan senjata-senjata terlarang seluruh di peringkat antarabangsa.
Mereka tidak boleh melakukan apa-apa untuk saudara mereka di Gaza, tetapi mereka dituntut dan wajib melakukan. Walaupun tidak sampai ke peringkat pengorbanan yang besar seperti yang telah saudara mereka di Gaza korbankan dari kalangan syuhada dan mangsa yang cedera serta tawanan. Maka antara kewajipan-kewajipan yang dituntut ke atas muslimin di Malaysia adalah:
- Kewajipan berdoa: Marilah kita berdoa kepada Allah yang Maha Agung. Kita mohon dari Allah pertolongan kepada saudara kita dan kebinasaan kepada musuh-musuh kita. Samada dalam sujud kita, qunut kita dan selepas solat kita. Jangan pernah letih dan jemu.
- Kewajipan mengikuti perkembangan: Marilah kita mengikuti perkembangan melalui siaran TV dan radio yang dipercayai, jangan pernah berasa letih untuk mengambil tahu, hendaklah kita berwaspada dari sumber berita yang jahat yang mahu menambah perit saudara-saudara kita.
- Kewajipan menyebarkan: Marilah kita memberitahu anak-anak kita, isteri kita, ahli keluarga kita, jiran tetangga kita dan seluruh manusia mengenai isu ini. Kita ceritakan kepada mereka kejahatan Zionis dan keburukannya. Kita kisahkan kepahlawanan saudara-saudara kita dan pengorbanan mereka. Kita juga perlu beritahu kelebihan Masjid al Aqsa dan sejarahnya.
- Kewajipan berinfaq: Ini adalah tugas yang paling penting. Kerana Zionis mendapat dana dari seluruh dunia. Namun saudara kamu hanya mengharapkan harta-hartamu yang berkat dan bersih selepas bergantung dengan Allah. Maka rakyat Malaysia marilah menjadi anak-anak panah dalam jihad dengan harta. Tugas ini tidak kurang dari jihad dengan nyawa dan darah. Jihad memerlukan dana, ia memerlukan sumbangan yang berterusan. Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda: ”Barangsiapa yang mempersiapkan pejuang maka dia telah berjuang, barangsiapa yang menjaga ahli keluarga pejuang dengan baik selepas mereka syahid maka dia telah berjuang.” — Hadis Muttafaqun Alaih. Infaq boleh disalurkan melalui NGO-NGO Malaysia yang banyak berjasa.
- Kewajipan mempertahankan: Kita perlu mempertahankan dan menjawab keraguan keraguan yang ditimbulkan oleh para munafik, antaranya yang mengatakan orang Palestin telah menjual tanah-tanah mereka. Sedangkan Yahudilah yang mengusir rakyat Palestin dan mengeluarkan mereka sehingga kini mereka hidup di beberapa negara sebagai pelarian. Namun mereka belum pernah melupakan peranan mereka dalam permasalahan ummah yang terbesar hari ini. Masih kekal perjuangan mereka yang masih berada di Palestin mempertahankan dan berjuang di dalam al Aqsa, Gazza dan Tebing Barat. Dari kalangan mereka ada yang telah syahid dan sebahagian Iain masih bertahan mereka tidak akan meninggalkan perjuangan ini.
- Kewajipan boikot: Maka Zionis adalah penjajah dan pencabul, tidak layak untuk berurusan dengan mereka. Bahkan perlu kita memboikot sedaya mungkin dalam semua aspek kehidupan (politik, budaya, perniagaan, sukan dan Iain-Iain.)
- Kewajipan persediaan: Allah telah menyuruh kita untuk mempersiapkan diri dengan segala keupayaan kita antara kewajipan persediaan adalah mendidik generasi akan datang supaya memainkan peranan yang sebenar dalam perang akan datang boleh bermula dengan menanam keazaman setiap hari kerana Nabi telah bersabda: “Barangsiapa yang mati sebelum berjuang, dan tidak membisikkan pada dirinya untuk berjuang; maka dia telah mati di salah satu cabang nifak.”
- Kewajipan berfikir: Peperangan dan pertempuran dibina di atas helah, tipu daya dan kreativiti. Maka antara kewajipan kita adalah untuk terus berfikir untuk mencipta cara-cara baru yang dengannya kita boleh menyertai saudara-saudara kita dalam peperangan mereka yang suci. Melalui teknologi elektronik dan seumpamanya.
- Kewajipan bersifat Optimis: Orang Islam tidak boleh putus asa. Mereka tidak boleh patah semangat. Mereka sentiasa optimis dengan janji Allah kepada mereka akan kemenangan. Inilah ancaman Allah akan membinasakan musuh-musuh Islam. Tetapi perlu kepada pengorbanan demi pengorbanan. Setiap kemuliaan pastilah ada harga yang perlu dibayar. Agama Allah pasti akan menang. Allah berfirman, “Allah tidak akan memberikan kepada orang kafir jalan untuk memenangi orang Islam.”
Penutup:
Sesungguhnya siapa yang tidak mengambil berat urusan orang Mukmin bukanlah dari kalangan mereka. Al Aqsa adalah kiblat pertama dari dua kiblat umat Islam. Masjid kedua yang dibina selepas Kaabah. la juga adalah salah satu dari tiga masjid yang dituntut untuk kita menempuh perjalanan bagi menuju ke arahnya. Bahkan ia adalah sebahagian dari aqidah orang Islam. Tidak patut bagi kita untuk melupakannya atau melupakan mereka yang mempertahankannya dan mempertahankan sekelilingnya.
Semua yang terlibat dalam perjuangan mempertahankan Masjid al Aqsa walaupun sekecil mana sumbangannya dari dekat atau jauh pasti akan mendapat keberkatan Masjid al Aqsa dan pahala para murabith.
Kita mendoakan agar Allah mengurniakan ketepatan pada saudara kita pada pandangan dan bidikan mereka. Juga kehancuran buat musuh-musuh mereka.
* Nota Usrah Gabungan WADAH-ABIM-PKPIM, Tausiyah Khas Shaykh Dr. Muhammad Saeid Bakr di Dewan Besar Kolej Dar al-Hikmah, Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor. Shaykh Dr. merupakan Ahli Majlis Ulama Jordan dan Anggota Maktab Tanfizi Majlis Ulama Palestin.