MADANI : Pemberdayaan Komuniti, NGO, dan Badan Dakwah
editor
30/07/2024
oleh Dato’ Hj. Ahmad Azam bin Ab Rahman.
Nilai IHSAN Adalah Kemuncak Kejayaan MADANI
Ihsan selaras dengan Islam sebagai agama Rahmatan Lil ‘Alamin. Allah berfirman dalam Surah Al Anbiya 21:107 yang bermaksud, “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”
Ihsan nilai yang dicintai oleh Allah s.w.t.. Allah berfirman dalam Surah Ali Imran 3:134 yang bermaksud, “Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”
Ihsan bersifat Allah sentrik. Dalam hadith Sahih Muslim Baginda bersabda, “Ihsan adalah bahawasanya kamu menyembah ALlah seolah-olah kamu melihat-Nya, jika kamu tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat kamu.”
Sejarah Awal Perkembangan Islam di Malaysia
Kedatangan Islam ke Tanah Melayu bermula di Melaka melalui aktiviti perdagangan. Ulama’ dan Sultan (Umara’) memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam ketika itu terutama kepada rakyat jelata di mana penerimaan & penerapan nilai-nilai Islam diserap sebagai adab budaya masyarakat tempatan.
Era Penjajahan & Perubahan Sosio-Budaya
Setelah tanah Melayu dijajah oleh penjajah luar, antara kesannya terhadap perkembangan Islam ialah institusi Islam dikurangkan peranan manakala institusi Barat diangkat tinggi, sikap beragama dihadkan kepada amal ritual tanpa amal sosial, taraf agamawan dalam latar sosial direndahkan serta pemecahan sistem pendidikan mengikut kaum & agama.
3Strategi Utama Penjajahan Sosio-Budaya Berpaksikan Nilai Barat
Pendanaan & Pengupayaan NGO Barat : NGO Barat diperanankan dengan dana yang besar dari kerajaan, yayasan, dan organisasi swasta Barat, khusus untuk mempromosi nilai mereka di negara-negara lain agar lebih cenderung dan lunak kepada nilai-nilai Barat.
Kurikulum & Pendidikan Yang Mengubah Acuan Pemikiran Tempatan : Negara Barat menggalakkan NGO mereka memupuk nilai-nilai seperti demokrasi, kebebasan individu, dan hak asasi manusia, yang bercanggah dengan identiti nasional.
Penggunaan Media & Teknologi Dengan Efektif : Mereka juga aktif menghasilkan bahan media seperti dokumentari, artikel, dan laporan yang menormalisasikan nilai-nilai kebaratan dan menyoroti isu-isu yang mereka ingin perjuangkan.
Pasca Kemerdekaan & Kebangkitan Islam (Islamic Resurgence)
Penubuhan ABIM & Proses Pengislahan Umat : ABIM konsisten dalam usahanya meningkatkan kefahaman umat agar Islam menjadi “The way of life”, melalui pelbagai inisiatif keilmuan, kebajikan, dan pembangunan ekonomi.
Penggubalan Sistem Pendidikan Islam : ABIM turut mempelopori kurikulum pendidikan Islam di peringkat pendidikan awal kanak-kanak, peringkat rendah, menengah dan pengajian tinggi.
Pengukuhan Dasar Islam dalam Pentadbiran Awam : Sejak penubuhan pada 1971 sehingga kini, ABIM masih berperanan luas dalam mempengaruhi dasar-dasar kerajaan agar berorientasikan nilai-nilai kefahaman Islam.
Impak Islamisasi Malaysia Pada Skala Global
Menjadi eneraju sistem kewangan Islam & ekonomi halal global
Perkembangan pendidikan Islam antarabangsa
Berperanan aktif dalam diplomasi kemanusiaan & keamanan global
Mendapat reputasi tinggi sebagai model negara Islam yang berdaya maju & harmoni
Menjadi Negara Pengasas Utama OIC
Cabaran & Halangan NGO & Gerakan Dakwah Dalam Kesalingan Agenda Kerajaan
Cabaran NGO dan gerakan dakwah ialah pendanaan yang terhad bagi operasi yang optimum serta keterbatasan kapasiti & kemahiran sumber manusia dalam melakukan sesuatu operasi atau misi. Selain itu, proses birokrasi yang rumit dan berlapis-lapis juga melambatkan usaha dan gerak kerja yang dilakukan. Malahan, terdapat persepsi negatif terhadap sebahagian NGO oleh kerajaan & masyarakat yang menyebabkan gerak kerja tidak dapat dilakukan dengan lancar atau dihalang. Persaingan dengan NGO Barat yang didanai penuh juga turut membantutkan usaha NGO dan gerakan dakwah dalam menyantuni masyarakat setempat.
Selain itu, antara halangan-halangan yang dialami oleh NGO dan gerakan dakwah dalam melakukan gerak kerja ialah sekatan politik oleh pihak berkepentingan, kekurangan akses kepada pembuat dasar, serta pendanaan yang tidak konsisten & tidak setara. Isu logistik & infrastruktur tempatan, kecenderungan agensi kerajaan & swasta bekerjasama dengan NGO Barat/Antarabangsa berbanding NGO tempatan turut menjadi sumber halangan.
Cadangan Strategi Utama Pemerkasaan NGO & Gerakan Islam
Penyediaan Geran Tetap Pentadbiran NGO Islam : Kerajaan wajar menyediakan geran tetap bagi operasi dan pelaksanaan projek-projek berimpak tinggi oleh NGO dalam latar masyarakat, meliputi aspek pendidikan, kebajikan sosial, dan pembangunan komuniti.
Konsultasi & Perundingan Efektif Antara NGO-Kerajaan : Melibatkan NGO & gerakan Islam dalam proses perundingan dasar awam, khususnya yang berkaitan dengan isu-isu sosial, pendidikan, dan kebajikan. Ini memastikan pengalaman NGO di lapangan masyarakat sentiasa didengar dan dipertimbangkan dalam sebarang penggubalan polisi.
Kempen Kesedaran Kepentingan Keterlibatan Dalam Pertubuhan Masyarakat : Melancarkan kempen awam untuk meningkatkan kesedaran tentang peranan penting NGO dan gerakan Islam dalam masyarakat. Ini boleh membantu meningkatkan sokongan dan penglibatan masyarakat dalam NGO & inisiatif komuniti.
* Pembentangan di Konvensyen Madani 2024, 25 Mei 2024, Ayer Keroh, Melaka.
* Dato’ Ahmad Azam merupakan Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH). Beliau juga merupakan Penasihat Khas kepada Menteri Luar Negeri Mengenai Kemanusiaan & Pembangunan Semula (Humanitarian & Reconstruction); Pesuruhjaya, IPHRC-OIC (Malaysia’s Representative to the Independent Permanent Human Rights Commission, Organisation of Islamic Cooperation); Pengerusi Kelab Ammar Al-Fatih; Anggota Advisory Council, The Union of NGOs of the Islamic World (UNIW), institusi gabungan 354 NGO Islam dari 66 buah negara; serta Pengerusi, JREC iaitu rakan strategik UNHCR dalam mengelola 6 buah sekolah pelarian dengan lebih 900 orang pelajar.
oleh Ustaz Hasri Harun, Timbalan Presiden Wadah Pusat Nahdah Kewanitaan : Satu Ulasan dan Penegasan SemulaSaya dahului tulisan ini dengan menzahirkan kesyukuran kerana diberi kesempatan untuk hadir dalam Himpunan Helwa [...]
Oleh Dr Zulkifli Hasan Seluruh rakyat menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas perkenan mengurniakan watikah pelantikan Profesor Diraja kepada ilmuwan ulung tanah air, Tan Sri Prof Dr Syed [...]