WADAH PENCERDASAN UMMAH
WADAH PENCERDASAN UMMAH

Memperkasa Pemikiran Gerakan Termasuk Operasinya Kepada Pelapis DanMemperkasa Pemikiran Madani Dan Operasinya

Dr Abd Halim El Muhammady
………………………………………
Pemikiran gerakan perlu di perkasakan melalui:-

  1. Meneliti pemikiran gerakan dan operasinya melalui pemahaman ucapan dasar yang
    dibentangkan setiap tahun dalam muktamar ABIM yang boleh dibahagi kepada beberapa
    peringkat masa. Di dalamnya terdapat pemikiran gerakan operasinya di lapangan dan
    hasilnya.
  2. Memahami karya-karya pimpinan utama dalam jemaah sejak awal, kerana karya-karya ini
    melambangkan komitmen pimpinan terhadap pemikiran gerakan jamaah dan
    penghayatannya serta hasilnya yang dapat membantu pelapis untuk memahaminya dari idea
    gerakan dan operasinya yang menghasilkan natijah yang baik dalam pengembangan dan
    pengukuhan jamaah.
  3. Pendedahan kejayaan dan pencapaian bidang islah dakwah, pendidikan, ekonomi,
    pembangunan masyarakat dan islah siyasi. Dengan pendedahan ini dan penglibatannya
    secara amali dapat menerus dan mengembangkan institusi berkaitan.
    Memperkasa Pemikiran Madani Dari Sudut ilmu Dan Syariah:-
    Selepas 50 tahun ahli jamaah bergerak dalam dakwah dan islah masyarakat. Akhirnya Allah restui
    pengasas utama ABIM menerajui negara dengan visi dan misinya yang diabadikan dalam karya
    keramatnya MADANI.
    Dengan adanya gagasan untuk pembangunan dalam Madani maka peranan kita lebih besar dari
    masa yang lalu dalam memberi keyakinan kepada rakyat beberapa perkara utama iaitu;
    a).Keabsahan Kerajaan Madani dari sudut syariah dan perundangan dalam sistem demokrasi.
    Ia perlu di hebahkan kepada masyarakat seluas mungkin untuk menolak sikap penolakan
    setengah pihak yang kerajaan ini tidak sah kerana kurang majoriti wakil rakyat kerajaan dan
    kecacatan moral PM10. Ini dakwaan mereka secara berterusan.
    b).Lapan perkara utama bidang tumpuan kerajaan untuk membangun negara dan menjadi
    sebuah negara maju perlu diulas secara terperinci dari sudut ilmiah dan ketentuan terhadap
    kemungkinan kejayaan sebagaimana dirancang dan dilaksanakan.
    c).Penyebaran nilai-nilai utama dalam usaha untuk memajukan lapan bidang yang digariskan
    itu seperti amanah, integriti, ketelusan dan lain-lain dalam pelaksanaannya.
    Apa yang kita lihat pergerakan PM10 untuk menjayakan visi dan misi MADANI kita tidak tahu bila dia
    tidur dan bila dia rehat. Setiap hari kita lihat pergerakan di dalam negeri dan di luar negara.
    Kalau dilihat kepada kenyataan beliau bahawa model beliau islah Umar Abdul Aziz kerana selalu
    disebutnya berulang kali nama ini.
    Kejayaan Umar Ibn Abd Aziz dalam masa dua tahun setengah pemerintahannya beliau dapat
    mengatasi semua masalah negara dari sudut ekonomi, keselamatan dan sosial sehingga dikatakan
    tidak wujud orang miskin pada masa pemerintahannya yang berhak menerima zakat.
    PM10 ditakdirkan Allah menjadi PM yang kita terus bersamanya dalam keadaan senang dan susah.
    Supaya dipertahankan kejayaan ini berterusan masing-masing kena turun padang menemui
    masyarakat dengan program kolokium, seminar, penerangan dan penulisan untuk menjelaskan
    perkara di atas kepada masyarakat awam, kalau tidak jaminan untuk kekalkan kejayaan ini secara
    berterusan tidak akan terjamin.

Di sediakan oleh;
Dr Abd Halim El Muhammady
Teras Jernang 11 Oktober 202

Akal licik Yahudi untuk menangkap ikan pada hari Sabtu dan siksaan bagi para penentang

Ayat 163 hingga 166 beserta terjemahannya. وَسۡ‍َٔلۡهُمۡ عَنِ ٱلۡقَرۡيَةِ ٱلَّتِي كَانَتۡ حَاضِرَةَ ٱلۡبَحۡرِ إِذۡ يَعۡدُونَ فِي ٱلسَّبۡتِ إِذۡ تَأۡتِيهِمۡ حِيتَانُهُمۡ يَوۡمَ سَبۡتِهِمۡ شُرَّعٗا وَيَوۡمَ لَا يَسۡبِتُونَ لَا تَأۡتِيهِمۡۚ كَذَٰلِكَ نَبۡلُوهُم [...]
Baca Lebih
Pencerdasan 2024 Hak Cipta Terpelihara