Puan pengacara majlis, Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.
Alhamdulillah kita bersyukur kepada Allah SWT kerana mengizinkan kita semua berada
dalam majlis yang mulia ini untuk memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar Sri
Ummah yang berjaya mengkhatam al Qur’an 30 juzuk dan menghargai pelajar-pelajar Sri
Ummah yang telah tamat pengajian mereka. Kesemua mereka akan menerima sijil pada
hari ini.
Ucapan tahniah dan syabas kepada mereka semua. Semoga ilmu Al Qur’an dan ilmu
ilmu lain yang mereka pelajari sepanjang berada di Sri Ummah ini dapat memandu hidup
mereka ke jalan sirat al-mustaqim yang membawa kepada kebahagian hidup di dunia
dan di akhirat. Al Qur’an membawa hidayah dalam hidup di dunia, menjadi teman setiap
kepada pembacanya di alam kubur serta menjadi pembela kepada pembacanya di hari
akhirat.
Tuan-tuan yang dihormati.
Tuan-tuan agak bertuah berada di Bandar Baru Bangi kerana berpeluang memberikan
pendidikan Al-Qur’an untuk anak-anak. Melalui pendidikan Al-Quran ini anak-anak dapat
menamatkan bacaan Al-Qur’an 30 juzuk menggunakan 5 kemahiran dalam mempelajari
Al-Qur’an; iaitu membaca, menghafaz, menulis, memahami dan menghayati. Sistem 5M
ini tidak terdapat di tempat lain. Melalui 5 kemahiran ini anak-anak dapat meningkatkan
lagi kemahiran dalam hafazan, pemahaman dan penghayatan Al-Qur’an mereka.
Tuan-tuan yang dihormati sekalian
Pemahaman dan penghayatan merupakan tuntutan utama Al-Qur’an. Allah berfirman:
لافأ نوربدتي ناءرقلا ولو ناك نم دنع ريغ الله اودجول هيف افلاتخا اريثك
Maksudnya: Adakah tidak mereka bertadabbur dengan Al-Qur’an, kalaulah Al-Qur’an itu
bukan datangnya daripada Allah nescaya mereka dapati banyak perkara bercanggah di
dalamnya
Melalui bacaan bertadabbur mendatangkan kefahaman dan kesedaran untuk amalan
Rasulullah SAW meminta kita beramal dengan Al-Qur’an dalam dua cara iaitu:
Pengajaran yang terdapat dalam Al-Qur’an menumpukan kepada perkara berikut:
Skrip Madani Road Map Pembangunan Ummah Dan negara
Skrip Madani mencerminkan idea dan prinsip-prinsip Al-Qur’an dan Sahifah Madinah.
Madani dalam Skrip Madinah bukan merujuk kepada civil society pegangan orang barat.
Tetapi Madani merujuk kepada ketamadunan manusia dan negara sebagaimana yang
dihuraikan oleh Ibn Khaldun dalam muqaddimah yang tidak terdapat sebarang unsur
sekular dan jahiliyyah di dalamnya, kecuali orang tidak membaca atau membaca tetapi
tidak memahami kandungannya.
Ada tujuh perkara sasaran utama pembangunan umat dan negara dalam Skrip Madani
Semua perancangan reformasi negara dari sudut prinsipnya adalah memenuhi tuntutan
prinsip Al-Qur’an dalam 7 perkara di atas. Tetapi ia perlu kepada ketelitian dari sudut
pelaksanaannya serta prosedurnya supaya tidak berlawanan dengan syari’ah Dan
maqasidnya.
Reformasi ini bermatlamat untuk mengangkat martabat umat yang majoritinya Muslim
supaya umat ini yang terbaik, khaira ummah, umat tertinggi yang Allah sendiri mengakui
apabila mencukupi tiga perkara, lengkap ilmu-ilmu Islam dan ilmu semasa, kecukupan
ekonomi untuk keperluan diri, keluarga, masyarakat dan umat, memenuhi amalan
tuntutan syari’ah dalam kehidupan peribadi, keluarga, masyarakat dan negara.
Di kesempatan ini saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam
upacara majlis pada hari ini, pegawai-pegawai, pengurusan, para guru dan Ahli Lembaga
Pengarah Tafhim Sdn. Bhd.
Ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa, AjK Masjid Santosa yang memberi
kemudahan tempat untuk upacara majlis khatam pada hari ini.
Akhir kalam dengan ini saya merasmikan majlis khatam Al-Qur’an dan penyampaian Sijil
SRI Ummah 2025.
Disediakan oleh:
Dr Abdul Halim El Muhammady
11 Jan 2025
Teras Jernang