Oleh
Dr. Abdul Halim El-Muhammady,
Pengerusi Majlis Istisyari WADAH
Pendahuluan
Setiap usaha dan amalan baik dalam hidup manusia adalah di dorong oleh hati yang suci dan ikhlas kepada Allah SWT dalam melaksanakan sesuatu dalam hidup manusia.
Justeru bagi menimbulkan keikhlasan hati dalam segala urusan manusia terutama usaha Dakwah untuk menegak dan melebarkan penghayatan agama Allah dalam kehidupan manusia pembersihan hati da’i dari gangguan dan ingatan selain daripada Allah dalam usahanya mesti di bersihkan dari hatinya dorongan Harta , dorongan pangkat dan kedudukan serta pengaruh. Perkara demikian dapat di elakkan jika proses pembersihan hati dapat dilakukan melalui kaedah- kaedah dan amalan-amalan yang Allah tetapkan sebagai pembersih hati . Allah berfirman:
ﻗد أﻓﻠ ﺢ ﻣن زﻛﺎھﺎوﻗد ﺧﺎ ب ﻣن دﺳﺎھﺎ
Maksudnya , Mendapat kejayaan orang yang membersihkan hatinya dan kecewalah orang yang mengotorkan hatinya.
Maka kertas ini akan membincangkan tentang hati dan amalan yang membawa kepada kebersihannya.
Pengertian Hati dan Kerohanian
Al Qur’an menggunakan empat istilah untuk memberi kefahaman kepada manusia tentang hati dan kerohanian iaitu ruh, aqal, nafs dan fu’ad dan qalb dan Hadith menyebutnya mudhghah.
Perkataan qalb dari sudut fizikalnya merujuk kepada jantung manusia yang memberi kekuatan dan tenaga kepada manusia, manakala pengertian rohaninya yang tersirat di situ ialah al-latifah al rabbaniyyah ialah persediaan semulajadi yang Allah bekalkan kepada manusia dalam jantungnya untuk melihat dan menerima cahaya kebenaran dan hakikat mutlak melalui mata hatinya.
Jadi apa yang di maksudkan dengan kerohanian itu ialah perkara yang berkaitan dengan batin manusia dalam hubungannya dengan Allah SWT . Kebersihan dan kekotorannya, sensitif dan tidak sensitifnya, menurun dan meningkatnya dan sejauh mana komitmen ia dengan hukum Allah SWT.
Hati Tempat Sasaran Risalah
Wahyu Allah SWT yang di sampaikan kepada manusia melalui lidah RasulNya merupakan penerusan kepada pengakuan manusia terhadap Tuhannya di alam roh apabila mereka ditanya, Adakah aku (Allah) Tuhan kamu? , mereka menjawab, Ya . Pengakuan roh manusia terhadap rububiyyah itu hendaklah di terima dan direalisasikan dalam kehidupan dengan menunjukkan ketaatan dan pengabdiannya kepada Allah yang penuh sebagaimana ia telah memberi pengakuan sebelumnya di alam roh. Bagi menarik perhatian manusia terhadap kewujudan dan kekuasaan-Nya dalam mentadbir segala kejadian, Allah SWT meminta manusia supaya menggunakan segala keupayaannya dan segala potensi yang ada padanya supaya dapat menerima kewujudan mutlak itu secara kefahaman dan rasional bukannya ikut ikutan sahaja atau kerana terpaksa.
Allah SWT ketika menzahirkan ucapan-Nya yang dijadikan sasaran-Nya ialah akal (‘aql), hati (qalb), pendengaran (sam’a) dan penglihatan ( basar) . Sasaran itu ditujukan untuk menyediakan manusia kepada kewujudan-Nya dan kebenaran perutusan-Nya . Pada gerakan anggota yang paling penting dalam diri manusia dan paling berpengaruh selain dari nafsu dan marah iaitu hati (qalb) supaya ia tidak leka dan mengelamun.
Manusia untuk sampai kepada keyakinan yang jelas terhadap kewujudan Allah SWT dan kebenaran risalahnya terpaksa menggunakan saluran. Saluran tertentu untuk membekalkan maklumat kepada mereka. Untuk itu pendengaran dan penglihatan di sebut seiring dengan hati (qalb) kerana ketiga tiga ini tidak mungkin di pisahkan kerana masing-masing ada kesan mengesa di antara satu dengan yang lain . Ketiga tiga anggota ini akan bertanggungjawab di hadapan Allah SWT pada hari akhirat nanti.
Allah menjelaskan dalam firmanNya,
أن اﻟ ﺳ ﻣ ﻊ واﻟﺑ ﺻ ر واﻟﻔؤاد ﻛل أوﻟﺋ ك ﻛﺎن ﻋﻧﮫ ﻣﺳؤﻻ
Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya di pertanggungjawabkan.
Bagi mereka yang tidak menggunakan 4 anggota yang amat berguna ini kejalan yang di redhai oleh Allah dan menentang segala perintahnya maka segala anggota ini akan di tutup manfaatnya yang membawa matanya menjadi buta, telinganya menjadi tuli dan mata hatinya tertutup dari di tembusi cahaya kebenaran kera kecenderungannya kepada kehidupan dunia, memperhambakan dirinya kepada syaitan dan nafsunya yang membawa kepada kesesatan hidupnya di dunia dan di akhirat.
Allah berfirman ,
ﺧﺗم ﷲ ﻋﻠﻰ ﻗﻠو ﺑﮭ م وﻋﻠﻰ ﺳﻣﻌﮭم وﻋﻠﻰ أﺑ ﺻ ﺎ ر ھ م ﻏﺷﺎوةوﻟﮭم ﻋذاب ﻋظﯾم
Allah menutup hati mereka, pendengaran mereka dan penglihatan mereka. Bagi mereka azab yang besar
Amalan Sunat Pembersih Hati dan Istiqamah dalam Dakwah dan Perjuangan
Amalan wajib dalam kehidupan muslim adalah merupakan taklif tanggungjawab seorang hamba Allah terhadap Tuhannya yang wajib dilaksanakan sebagai tanda kepatuhan kepada Allah secara rela atau terpaksa terutama perintah wajib yang mesti difahami dan dilaksanakan dan perintah larangan mesti difahami dan dilaksanakan. Ia merupakan tanggungjawab seorang yang beriman.
Allah berfirman,
ﻣن ﺣﻣل ﺻﺎﻟﺣﺎ ﻓﻠﻧﻔ ﺳ ﮫ وﻣن أﺳﺎء ﻓﻌﻠﯾﮭﺎ وﻣﺎ رﺑك ﺑظ ﻼم ﻟﻠ ﻌ ﺑﯾد
Sesiapa yang mengamalkan kebaikan maka kebaikan itu kembali kepadanya dan sesiapa yang melakukan kejahatan maka kejahatan itu di tanggung oleh dirinya. Perintah Allah dalam bentuk suruhan dan larangan sebagai taklif tanggungjawab seorang hamba terhadap Tuhannya
Amalan Sunat Pembersih Hati dan Pengikat Istiqamah dalam pengabdian kepada Allah SWT dalam Segala Urusan Hidup
Allah SWT berfirman dalam hadith Qudsi, Rasulullah SAW bersabda, Allah berfirman,
ﻣﺎ ﺗﻘ ر ب إﻟ ﻰ اﻟ ﻣ ﺗﻘ ر ﺑ و ن ﺑﻣﺛل أداء ﻣﺎ اﻓﺗ ر ﺿ ت ﻋﻠﯾﮭم وﻻ ﯾزال اﻟ ﻌ ﺑ د ﯾﺗﻘ ر ب إﻟ ﻰ ﺑﺎﻟﻧ و اﻓ ل ﺣﺗﻰ أﺣﺑﮫ ﻓﺈذا أﺣﺑﺑﺗﮫ ﻛﻧ ت ﺳﻣﻌﮫ اﻟذ ى ﯾﺳﻣﻊ ﺑﮫ وﺑ ﺻ ره اﻟذ ى ﯾﺑ ﺻ ر ﺑﮫ وﻟﺳﺎﻧﮫ اﻟذ ى ﯾﻧ ط ق ﺑﮫ وﯾده اﻟﺗ ﻰ ﯾﺑ ط ش ﺑﮭﺎ ورﺟﻠﮫ اﻟﺗ ﻰ ﯾﻣ ﺷ ﻰ ﺑﮭﺎ
Tidaklah orang orang yang menghampirkan diri kepadaku hanya dengan melakukan apa yang aku fardukan ke atas mereka malah seseorang itu berterusan menghampirkan diri kepadaku dengan amalan sunat sehingga aku cinta kepadanya , apabila aku cinta kepadanya maka akulah pendengarannya yang ia mendengar, penglihatannya yang ia melihat, lidahnya yang ia bercakap, tangannya yang ia berkerja dan kakinya yang ia berjalan.
Hadith Qudsi ini menekankan bahawa amalan sunat dan fadhai’l memberi kesan yang mendalam dan membina kemesraan dalam hubungan Allah SWT dengan hamba-Nya setelah ibadat wajib sempurna dilakukan dengan sepenuhnya dan ibadat sunat ini terbina di atas kesempurnaan ibadat wajibnya.
Amalan Amalan Sunat yang di syaratkan
Amalan sunat dan fadha’l ada dua bahagian iaitu amalan sunat mu’akkadah dan satu lagi amalan sunat biasa. Manakala solat muakkadah yang lain ialah solat sunat Dua hari raya, solat sunat gerhana matahari dan bulan, sunat solat minta hujan, solat tahajjud dan witir, solat tarawih Ramadan, solat dan solat dhuha.
Amalan sunat muakkadah dalam solat ialah amalan solat sunat iring waktu yang di lakukan berterusan oleh Rasulullah SAW iaitu dua rekat sebelum subuh, empat raka’at sebelum zuhur, dua raka’ at selepasnya, dua raka’at selepas Isha’.
Manakala sunat biasa dua raka’at selepas zuhur, empat raka’at sebelum Asar, doa raka’at selepas Maghrib dan dua raka’at selepas Isha’. Amalan sunat yang lain yang di lakukan oleh Rasulullah SAW adalah membaca Qur’an setiap hari, berpuasa sunat mingguan dan bulanan, bersedekah , berzikir dan .membuat baik sesama manusia dengan membantu keperluan mereka.
Amalan sunat yang berupa ibadat, sumbangan kewangan dan membantu orang yang memerlukan bantuan dalam tenaga dan lain-lain adalah di lakukan secara sukarela yang di dorong oleh keikhlasan hatinya untuk mendamping dirinya kepada Allah SWT dari keimanan dan ketakwaannya yang tinggi kepada Allah SWT di sertai dengan perasaan cintanya kepada Allah untuk menambah pahala di akhirat sekalipun amalan ini bukannya di wajibkan ke atasnya.
Dalam konteks kehidupan seorang da’i amalan sunat ini amat penting untuk menyuburkan hatinya dengan keimanan yang mendorong dirinya supaya berterusan menghidupkan syariah Allah dalam dirinya sepenuhnya dan ia berterusan beristiqamah untuk memenuhi tuntutan Allah SWT dalam firman Nya ,
ﻓﺎ ﺳ ﺗﺑﻘ و ا اﻟ ﺧ ﯾ ر ا ت
Berlumba-lumbalah kamu untuk membuat kebaikan
Bagi meneruskan kesegaran hati dengan Iman dan taqwa serta istiqamah dalam amal ahli jamaah diikat dengan amalan zikir ma’thurat berterusan di amalkan supaya sentiasa berada berdampingan diri dengan Allah SWT melalui bacaan zikir ini dan bacaan Rabitah untuk mengukuhkan ikatan jamaah dalam usaha dakwah dan menegakkan agama Allah SWT dalam kehidupan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Disediakan oleh:
Dr. Abdul Halim El-Muhammady
Teras Jernang 8 Ogos 2025 / 15 Safar 1447H