WADAH PENCERDASAN UMMAH
WADAH PENCERDASAN UMMAH

ABIM PERLU TERUS DIANGKAT SEBAGAI GERAKAN ISLAM BERASASKAN RAKYAT, PROGRESIF TUNTUT PEMBAHARUAN DALAM NEGARA – ANWAR IBRAHIM

Oleh Muhamad Razak Idris.

Dalam ucapan apresiasi di Usrah Perdana dan Majlis Sambutan 50 Tahun ABIM pada 6 Ogos 2021, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, mantan Presiden ABIM kedua menyeru para pimpinan hari ini untuk terus berjuang bagi mengangkat ABIM sebagai gerakan Islam berkesan dan progresif dalam negara. ABIM juga hendaklah diperkasakan sebagai sebuah gerakan rakyat yang gigih untuk terus menuntut pembaharuan negara berteraskan akhlak dalam segenap kehidupan.

Saudara Anwar juga turut menghargai peranan rakan-rakan seperjuangan dan seangkatan beliau sejak awal penubuhan ABIM yang telah banyak menyumbang terhadap kebangunannya sebagai gerakan dakwah yang berkesan. Beliau mengimbau cabaran dan liku-liku awal perjuangan ABIM menangani prasangka negatif terhadap Islam oleh sebahagian kelompok terutama golongan elit dalam masyarakat yang merupakan antara tembok tebal yang perlu dihadapi para penggerak awal dakwah. Menurut beliau, pada ketika ABIM ditubuhkan, pengaruh pemikiran kolonial dan budaya ‘captive mind’ atau minda tertawan di kalangan kelompok elit amat menebal. Manakala pada masa sama, masyarakat kebanyakan pula menanggapi Islam dalam bentuk yang ritual serta pandangan yang terhad.

Oleh demikian, Saudara Anwar menganjurkan agar warga harakah Islamiah untuk terus istiqamah menyebarkan risalah Islam ke segenap ruang kehidupan. Kerjasama semua pihak amat penting dalam menjayakan kemajuan dakwah. Sejak penubuhannya hingga masa kini, ABIM telah didokong oleh pelbagai kelompok terutama ilmuwan dari dalam dan luar negara. Para sarjana universiti tempatan dan timur tengah terutama dari universiti Al-Azhar, Mesir telah banyak memberi sumbangan terutama dalam menggerakkan semangat pembaharuan Islam, menolak kemungkaran, kezaliman dan rasuah serta berpartisipasi dalam program pelaksanaan risalah Islam secara praktik dalam pelbagai bidang kemasyarakatan dan kenegaraan.

PENGHAYATAN BERABDI DAN BERBAKTI

Bandar Baru Bangi, 22 Disember 2024 – Surau Al-Abrar di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi telah mengadakan Kuliah Maghrib pada Ahad lalu yang disampaikan oleh Hj. Nik Mohd Yusoff Nik [...]
Baca Lebih

NAHDAH EKONOMI: TUNTUTAN DAN KEPERLUAN UMAT

Dalam era dunia yang semakin mencabar dan kompleks, umat Islam perlu dibangkitkan dan ditunaskan dengan minda baru untuk memacu nahdah atau kebangkitan ekonomi. Konsep “Minda Nahdah Ekonomi” bukan sekadar bermaksud [...]
Baca Lebih
Pencerdasan 2024 Hak Cipta Terpelihara