WADAH PENCERDASAN UMMAH
WADAH PENCERDASAN UMMAH

ABIM SAMBUT SEPARUH ABAD PENUBUHAN

Oleh Ahmad Saparudin Yusof.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menyambut separuh abad penubuhannya pada 6 Ogos 2021 yang lalu. Pelbagai acara sambutan dilaksanakan antaranya majlis munajat, usrah perdana, wacana gerakan Islam dan malam bacaan puisi. Semua acara dilaksanakan secara maya.

Dalam ucapan aluannya pada Usrah Perdana dan Sambutan 50 Tahun ABIM, Presidennya, Muhammad Faisal Ab Aziz, menyatakan ketahanan ABIM di pentas dakwah ialah kerana ia merupakan sebahagian dari salasilah perjuangan para anbiya’ dan mursalin. Perjuangan gerakan ini adalah berasaskan acuan al-Quran dan al-Sunnah yang merupakan ciri terpenting ketika ia menyebarkan perjuangannya di Alam Melayu. ABIM telah berjaya menyumbang terhadap pengukuhan identiti Islam di Alam Melayu yang begitu terserlah pada hari ini.

Muhammad Faisal juga mengajak seluruh warga dakwah meningkatkan mujahadah dan tawakal pada Allah dalam menjayakan cita-cita dakwah Islamiah kerana ABIM ialah sebuah wadah perjuangan dan ia bukan sebuah organisasi kebiasaan. Warga ABIM hendaklah terus meningkatkan usaha mencurah bakti dan keringat tidak kira waktu dan menjadikan agenda pemberdayaan masyarakat sebagai motivasi perjuangan. Ketahanan ABIM hakikatnya sebuah anugerah Allah yang telah melalui proses al-tamkin atau pemberdayaan Ilahiah sehingga ia terus bertahan menjalankan misi keagamaan dalam setiap ruang kehidupan.

Pada majlis yang sama, Dr Razali Nawawi iaitu Presiden ABIM telah menganjurkan semua warga bersyukur atas kesempatan terpilih menganggotai harakah dakwah yang dipelopori ABIM. Ramai para penggerak dakwah yang telah menabur bakti kepada pertumbuhan dan perkembangan dakwah gerakan ABIM hingga ke hari ini. Para pelapis dakwah diseru terus istiqamah menjayakan misi dan cita-dakwah Islamiyyah bersama untuk dekad-dekad akan datang.

MENDEPANI BADAI DENGAN HIKMAH DAN PERPADUAN

Kita di hadapkan kembali Isu “kuil haram” yang mencetuskan ketegangan pada Februari dan Mac 2026, khususnya insiden di Rawang, bukan sekadar isu teknikal perundangan. Ia adalah manifestasi konfl ik yang [...]
Baca Lebih

JEMAAH HAJI PERLU PERSIAP HATI DAN JIWA YANG LUHUR

Istilah Dyufurrahman membawa maksud ‘tetamu-tetamu Allah’, satu gelaran mulia bagi mereka yang dipanggil untuk menunaikan ibadah haji dan umrah. Namun, menjadi Dyufurrahman bukan sekadar perjalanan fizikal ke Tanah Suci, tetapi [...]
Baca Lebih
Pencerdasan 2024 Hak Cipta Terpelihara