PRESIDEN WADAH SERTAI MISI KASHMIR DAN PAKISTAN

2 Ogos 2021.

Presiden Wadah, Dato’ Hj. Ahmad Azam Ab. Rahman yang juga merupakan Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia OIC telah menyertai Misi Kashmir dan Pakistan. Misi ini dikendalikan oleh OIC dan Kerajaan Pakistan dan Kerajaan Azad Kashmir untuk menilai keadaan politik dan pelarian Kashmir yang semakin gawat.

Beliau juga turut menziarahi pusara Jeneral Zia-Ul-Haq, Presiden ke-6, Republik Islam Pakistan dari 1978-1988 .Kematiannya masih misteri. Kapal terbang terhempas bersama pegawai tinggi tentera. Pemerintahannya terkenal kerana Perang Mujahidin Afghanistan menentang Soviet Union. Selain itu memperkenalkan program Islamisasi dan memacu ekonomi Pakistan. Beliau disemadikan diperkarangan Masjid Faisal, Islamabad.

Beliau juga berkesempatan mengunjungi Prof. Dr. Anis Ahmad, salah seorang ilmuwan Islam yang berjasa di Pakistan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *