DOA & TAKZIAH PELBAGAI PIHAK UNTUK ALLAHYARHAM CIKGU ABDUL HALIM

Ucapan Takziah

Pelbagai pihak terutama rakan taulan dan pertubuhan dakwah dalam negara dan antarabangsa telah menyampaikan doa kesejahteraan untuk roh Allahyarham Ab Halim Ismail yang telah kembali ke Rahmatullah pada 25 Ogos 2021 lalu.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam kiriman ucapan takziah beliau mengangap Allahyarham yang dikenali sebagai Cikgu Halim sebagai sabagai sahabat setia dan mujahid dakwah. Beliau mendoakan agar keluarganya diberi kekuatan atas kehilangan insan yang dikasihi ini. Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Pandan yang juga turut mengenali Allahyarham dengan dekat turut mengirimkan doa dan ucapan takziah.

Sementara itu, Tuan Haji Azmi Abdul Hamid yang mewakili seluruh warga MAPIM dan TERAS turut bersedih dan merakamkan takziah kepada ahli keluarga atas kembalinya ke Rahmatullah Cikgu Hj Abdul Halim Ismail. Beliau yang rapat dengan arwah sebagai sahabat perjuangan dakwah mengangap pemergiannya adalah kehilangan besar dalam keluarga para aktivis Islam terutama dalam WADAH. Sumbangan besar Almarhum ketika aktif dalam pelbagai wadah Islam seperti KPIP , ABIM , KBI dan WADAH sangat menginspirasikan dan amat besar terhadap dakwah negara. Sebagai seorang da’ei yang mengutamakan keilmuan dan gerak kerja, almarhum amat menghayati pendekatan da’wah dan amal kerja praktis untuk ‘izzah ummah.

Turut mengirimkan doa dan takziah ialah Dato’ Dr Abdul Razak bin Kechik selaku Presiden Briged Bakti Malaysia dan ALP Al-Khalifah Foundation serta agensinya (BBM, IOAK, YAATIM, Yayasan Pembangunan Ummah). Marilah kita bersama mendoakan ruh Almarhum ditempatkan bersama para solehin dan siddiqin dan ahli keluarga Almarhum diberi kekuatan dan ketabahan menerima taqdir Illahiy. آمِيّنْ آمِيّنْ آمِيّنْ يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن.

Antara pertubuhan Islam yang turut mengirimkan ucapan takziah ialah Pertubuhan IKRAM Malaysia. Presidennya, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad mendoakan seluruh keluarga almarhum dan ahli-ahli WADAH-ABIM-PKPIM serta dikurniakan kesabaran atas ujian ini. Semoga dengan jasa-jasa almarhum kepada pembangunan ummah dan berdoa agar rohnya diampunkan, dirahmati dan digolongkan dalam kalangan mukminin dan solihin, insya-Allah.

Sementara itu, Prof Dr Kamar Oniah, sahabat baik kepada arwah dan keluarganya, menulis dalam catatannya:

“Although I began my Islamic activities at ITM together with my sister and couple of others in 1972, Allahyarham Cikgu Halim together with his wife too, were with me in our early Islamic works, UM 1975. We set up Sofar Institute which prodused such as Mustapa Mansor. Arwah had always worked with Islamic institutions, Sofar, ABIM, WADAH. Was very briefly at IIUM but left back to ABIM. Indeed, Allahyarham was my brother in every sense of the word, as his wife, Cikgu Esah too is my sister, who was also my roommate in YPM while we studied at UM.

Ya Rabbi, Ya Karim. Because he is returning to You and to a better place and into the company of better than us, so I redha his leaving us despite the deep pain n irreplaceable loss. Ya Rabbi, we beseech, kindly bestow upon him only the very best for indeed he so deserve the very best best, for he was truly the best among us all. Aamiin Ya Rabbul alamin.”

Antara pertubuhan lain yang turut mengirimkan ucapan takziah dan doa ialah IIIT Malaysia, Dewan Dakwah Islamiah Indonesia (DDII) dan Koperasi Belia Islam Malaysia (KBI), Pertubuhan SALWA Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *