PERANG UHUD: PENGORGANISASIAN PASUKAN ISLAM & MENGINGATKAN KEMBALI KEPADA KEMENANGAN PERANG BADAR (2)

Siri Tadabur Pagi: Surah Ali-Imran (3) ayat 125 hingga 129 (Tafsir Al-Munir)

Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing. (Ali-Imran 3:125)

Dan Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan kerana memberi khabar gembira kepada kamu, dan supaya kamu tenteram dengan bantuan itu. Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Ali-Imran 3: 126).

Engkau tidak berhak sedikitpun (wahai Muhammad) dalam urusan (orang-orang yang ingkar) itu, (kerana urusan mereka tertentu bagi Allah), sama ada dia menerima taubat mereka ataupun Ia menyeksa mereka; kerana sesungguhnya mereka itu orang-orang yang zalim. (Ali-Imran 3:128)

Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ia mengampunkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan dia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Ali-Imran 3:129)

Nota:
Terjemahan di atas diambil daripada, https://www.surah.my/.

Tafsiran yang disampaikan oleh Dr. Abdul Halim El- Muhammady (22-10-2021).

Pagi ini Ustaz Abdul Halim El-Muhammady membahas ayatayat 125 hingga 129 sebagai sambungan kepada perbahasan hari sebelumnya (ayat 121 hingga 124) mengenai Perang Uhud. Pada mulanya Allah SWT membantu peperangan Uhud ini dengan 3,000 malaikat. Namun, apabila Umat Islam itu komited (beriman) dan sabar menghadapi peperangan, Allah SWT bantu lagi sehingga jumlah tentera Malaikat menjadi 5,000. Allah memberi bantuan tersebut sebagai khabar gembira dan memberi ganjaran kepada umat Islam. Kemenangan yang dicapai adalah ketentuan Allah. Juga bertujuan menyekat kemaraan kaum Kafirin. Ini membuat mereka kecewa atas kekalahan mereka ..

BACAAN LANJUT: (Catatan Dr. Ismail Abdullah TJ)

VIDEO SIARAN MYWAPTV.MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *