PERTEMUAN MUHIBBAH DAKWAH DI ANTARA PRESIDEN PAS & WADAH BINCANG HAL EHWAL UMAT SEMASA

Berita Gerakan

Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman telah mengadakan pertemuan muhibbah dakwah dengan Tan Sri Ustaz Haji Abdul Hadi Awang pada 15 Disember 2021, pukul 4.00 petang di Putrajaya bagi membincangkan langkah-langkah terbaik mengatasi beberapa isu semasa berkait hal ehwal umat Islam.

Antara agenda perbincangan termasuklah usaha mencari jalan untuk membantu rakyat Afghanistan menghadapi musim sejuk ketika Amerika Syarikat membekukan USD9 billion dana Afghanistan sebagai tindak balas atas kekalahan AS dalam Perang Afghanistan.

Tan Sri Abdul Hadi yang juga Duta Khas untuk Timur Tengah, sementara Dato’ Haji Ahmad Azam selaku Penasihat Khas Afghanistan kepada Kementerian Luar telah bersepakat untuk meningkatkan penyelarasan bersama bagi menjayakan misi penting menjayakan kesejahteraan umat dalam pelbagai bidang pada masa depan terutama buat umat Afghanistan dan juga Malaysia. Kerjasama berterusan pertubuhan dakwah dan semua pihak yang berkaitan adalah strategi terbaik bagi pembangunan ummah pada masa kini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *