PERGINYA SEBUTIR MUTIARA

– Ustaz Zulkifli Ibrahim

Cikgu….,

Kita bina masyarakat tayyibah, akan terbina daulah Tayyibah,

Kedengaran suaranya, membisik wawasan untuk dikongsi bersama membina wadah,

 

Cita-cita legasi seorang mujahid da’wah,

Di atas tarbiyyah dalam sibghah,

Untuk menegakkan kalimah,

Ketepikan letih dan rasa lelah,

 

Terasa aku kehilangan seorang sahabat Ustaz Zulkifli Ibrahim,

Sebutir mutiara, sentiasa bersama berdakwah yang lazim

Menyinar di medan dakwah dan siasah yang bertanzim,

 

Saling mendidik, aku dan dia,

Gelak ketawa ketika bermusafir bersama,

Peribadinya mulia,

Bersungguh dalam kata-kata,

 

Ust. Zul menyerlah kepimpinannya,

Berjamaah sangat mengesan kesungguhannya,

Berjasa tetap di lapangan dakwahnya,

Kami menyatu ruh dan jiwa, taat meneroka medannya ,

 

Bermula aku menjalin ukhuwwah dengannya,

Rasa serasi berdiri berganding bahu dengannya,

Mengerah fikiran , menegak idealisme demi ummah dan ‘izzahnya,

Lalu kami berkarya Daulah Tabiyyah,

Mengatur langkah melakar wadah,

Gagasan di medan, mencorak ummah,

Kami berjanji infaq dalam perjuangan fi sabilillah,

 

Ketika wadah dilahirkan ,

Mengerah fikiran mengatasi halangan,

Melontar idealisme, menyerlah tindakan,

Kami berjanji nan perjuangan,

 

Kami berbicara bila berkelana,

Ust. Zul prihatin kelesuan qaryah yang kurang bertenaga,

Umat perlu dibangkit dari semula,

Minitip dakwah mengembang wadah di persada,

Kami berdua bergagasan merangka langkah setiap purnama.

 

Ust. Zul,

Kita berganding dalam fikrah,

Kita menyatu hadapi mehnah,

Mendidik ummah mengalas amanah,

Hatta membakar diri demi membela ummah.

 

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ

Itulah semboyan kami berjamaah,

Panji keadilan, rawat umat yang sering berpecah,

Mengambil semangat sejarah,

Merangkul persada dakwah, kami mendidik diri agar berani menyanggah,

 

Ust. Zul dan aku, mengingatkan umat,

غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَيْلِ

Jangan jadi umat bagaikan buih terampung di air bah,

Tanpa maruah gersang thiqah,

Dijangkiti pula kuman wahnu: hubbudunya wa karahiyatul maut, yang parah,

 

Kami berdua saling bertausiyyah,

Bangun ketabahan dan keuletan berwadah, Menegakkan makruf dan mungkar dicegah.

 

Aku bertazkirah ditemani ikhwan yang setia,

Ustaz Zul sangat teruja,

Mengingatkan dia, ujian dakwah pasti berat tidak terduga,

 

Kami melakar kerja besar,

Dengan amal jama’i kami belajar,

Berbekal  al-imanul ‘amiq kami tegar,

Dikuatkan At-takwinud daqiq , kami meniti kerja dengan penuh sabar,

Lalu kami berkerja  berkesinambungan , al-‘amalul mutawasil yang segar,

 

Ust Zul mendidik penuh berhikmah,

Langkahnya tertib namun gagah,

Aku bertausiyyah

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ارْكَعُوا وَاسْجُدُوا وَاعْبُدُوا رَبَّكُمْ وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

dengan dia aku bermuzakarah,

Meraih al-falah melalui as-solah,

 

Kini dia pergi meninggalkan wadah,

Aku kesunyian dan terasa kehilangan teman amat indah,

 

Selamat bertemu Penciptamu wahai sahabatku,

Aku akan pasti menyusulmu untuk bersatu,

Engkau pergi dengan janji kita bakal berkelana di syurga yang shahdu,

Aku meneruskan kerja besar,

Tinggalan amalmu disebar,

Diterima Allah yang Maha Akbar.

 

Nukilan: Cikgu Azmi, 19 Zulhijjah 1443 / 19 Julai 2022, 7.14 malam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *