PEMERGIAN SAHABAT

Pemergian 3 sahabat

Dalam 3 hari berturut turut

19 Julai perginya Ustaz Zulkifli Ibrahim

20 Julai pulangnya Ustaz Dr Mohd Kamil Abd Majid

21 Julai meninggalnya Cikgu Dato’ Idris Jauzi

 

Ketiga-tiga mereka Pemimpin Umat

Mereka Daie Rakyat

Sepanjang hayat perjuang nasib umat

Sepanjang masa mencerdaskan rakyat

Mereka menjadi rujukan ilmu dan nasihat

Tidak kenal lelah tidak kenal penat

Habuan pangkat bukan matlamat

Redha Illahi menjadi hikmat

 

Jatuh bangun di medan perjuangan

Bukan laba dan habuan yang diburui

Namun istiqamah yang disantuni

Keikhlasan menjadi ketulusan diri

 

Sahabat, Guru dan Qudwah damailah kalian di sana

Berehat dan nikmatilah hasil perjuangan kalian

Doakan Allah merahmati dan meredhai perjuangan kita

Doakan Allah memberkati amal soleh kita

 

Nukilan: fauzan @ Sg.Pusu

23 Zulhijjah 1443/ 23 Julai 2022

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *