POLITIK KESATUAN, KEPADUAN, KEAMANAN, KEDAMAIAN; RISALAH PENTING KERASULAN MENGIKUT SIRAH

Carilah jalan perdamaian dan keamanan walau ruang sekecil mana. Jangan ditolak walau alasan apa sekalipun, kerana barakah dakwah untuk berkembang itu ketika suasana aman.

Belajarlah dari ibrah Perjanjian Hudaibiyyah. Islam berkembang cepat hanya selepas berlakunya Perjanjian Hudaibiyyah sehingga berakhir dengan Fathul Makkah.

Satukan umat dengan kasih sayang sesama insan. Jangan sekali-kali menanam benih kebencian dan permusuhan.

Belajarlah ibrah dari persaudaraan Muhajirin dan Ansar atas ikatan Ummah Diniyyah dan perjanjian damai antara Islam dan Bukan Islam atas ikatan Ummah Siyasiyyah dalam

Sahifah Madinah.

Belajarlah dari Sunnah Nabawiyyah jika ingin mendapat barakah dalam perjuangan dakwah.

Nukilan : AHMAD AZAM AB RAHMAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *