WADAH PENCERDASAN UMMAH
WADAH PENCERDASAN UMMAH

PENCERDASAN.COM DILUNCURKAN BERSEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU 1443 HIJRAH

11 Ogos 2021.

Majalah Pencerdasan.com terbitan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) diluncurkan hari ini bersempena sambutan tahun baru 1443 Hijrah. Presiden Wadah, Dato’ Hj. Ahmad Azam Ab Rahman akan merasmikan majlis peluncuran tersebut pada 8.30 malam. Satu Forum – Tradisi Persuratan Di Dunia Islam: Tajdid Minda Umat akan diadakan bersempena dengan majlis tersebut. Tiga panel iaitu Prof. Emeritus Datuk Dr Osman Bakar, Prof. Dato’ Seri Dr Awang Sariyan dan Prof. Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman akan berkongsikan sumbangan persuratan dakwah di dunia Islam dalam menyebarkan pembaharuan berfikir di kalangan umat.

Pencerdasan sebelum ini diterbitkan secara bercetak. Penerbitan secara digital akan meningkatkan capaian pembacaannya di kalangan khalayak. Ia berhasrat menjadi satu saluran persuratan dakwah yang berpengaruh bagi membentuk minda tajdid ummah di kalangan masyarakat Islam di negara ini ke arah membina negara dan dunia yang makmur dan maju.

Pencerdasan akan menerbitkan laporan berita dakwah, ulasan dan perspektif isu-isu dakwah semasa serta perkembangan umat Islam di seluruh dunia. Ia juga menyediakan ruangan sastera bagi menggalakkan karya-karya kreatif bercirikan dakwah dari kalangan masyarakat.

Semua digalakkan mengirimkan rencana untuk Pencerdasan.com untuk dikongsikan dengan masyarakat. Tahniah kepada semua ahli redaksi atas kejayaan penerbitan dan peluncuran majalah penting ini. Mubarak!

Ketua Editor

Akibat menimpa kaum Yahudi disebabkan kezaliman dan perbuatan mereka yang mengambil riba serta pahala orang beriman dari mereka

Ayat 160 hingga 162 beserta terjemahannya. فَبِظُلۡمٖ مِّنَ ٱلَّذِينَ هَادُواْ حَرَّمۡنَا عَلَيۡهِمۡ طَيِّبَٰتٍ أُحِلَّتۡ لَهُمۡ وَبِصَدِّهِمۡ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ كَثِيرٗا “Maka disebabkan kezaliman yang amat besar dari perbuatan orang-orang Yahudi, [...]
Baca Lebih

Akibat mendustakan para rasul di dunia

Ayat 4 dan 5 beserta terjemahannya. وَكَم مِّن قَرۡيَةٍ أَهۡلَكۡنَٰهَا فَجَآءَهَا بَأۡسُنَا بَيَٰتًا أَوۡ هُمۡ قَآئِلُونَ Dan berapa banyak negeri yang Kami binasakan, iaitu datang azab seksa Kami menimpa penduduknya [...]
Baca Lebih
Pencerdasan 2024 Hak Cipta Terpelihara