WADAH PENCERDASAN UMMAH
WADAH PENCERDASAN UMMAH

PUISI BAPA KAULAH PENDORONG SEMPENA HARI BAPA 2025

Oleh Hasri Harun

Sentuhan kau bapaku
Pelindung buat diri ini
Kau cahaya, kau pendorong
Memimpin ke jalan terang
Membawa diri ke sinar itu
Disana engkau sentiasa
Terinspirasi selamanya

Bapaku inspirasiku
Sentuhanmu buatku sedar
Amarahmu, bisikanmu
Jadikan diri ini terus bangkit
Menjadi insan tega sentiasa
Menuruni bukit bukau itu
Dengan teguh berdiri
Menekuni semangat membara

Kau Bapa sumber ilhamku
Memimpin dengan tekad
Memimpin dengan teguh
Mengingati cabaran segala
Walau terkorban jasadmu
Kau teguh membangkitkan kami
Agar terus mengasah bakat
Menjadi pemimpin Harapan
Kaulah pendorong teguh kami

Ciptaan
Hasri Harun
Pengerusi
Pertubuhan Pemberdayaan Bapa Penyayang

15 Jun 2025

MENDEPANI BADAI DENGAN HIKMAH DAN PERPADUAN

Kita di hadapkan kembali Isu “kuil haram” yang mencetuskan ketegangan pada Februari dan Mac 2026, khususnya insiden di Rawang, bukan sekadar isu teknikal perundangan. Ia adalah manifestasi konfl ik yang [...]
Baca Lebih

JEMAAH HAJI PERLU PERSIAP HATI DAN JIWA YANG LUHUR

Istilah Dyufurrahman membawa maksud ‘tetamu-tetamu Allah’, satu gelaran mulia bagi mereka yang dipanggil untuk menunaikan ibadah haji dan umrah. Namun, menjadi Dyufurrahman bukan sekadar perjalanan fizikal ke Tanah Suci, tetapi [...]
Baca Lebih
Pencerdasan 2024 Hak Cipta Terpelihara