PRESIDEN WADAH DILANTIK PENASIHAT KHAS MENTERI LUAR NEGERI BAGI HAL EHWAL AFGHANISTAN

Berita Gerakan

Presiden Wadah Pencerdasan Umat Islam Malaysia (WADAH), Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman telah dilantik sebagai Penasihat Khas Menteri Luar Negeri Bagi Hal Ehwal Afghanistan. Perkara itu diumumkan Menteri Luar Negeri, Dato’ Saifuddin Abdullah semasa menyampaikan ucapan utama pada KL Conference on Afghanistan – Re-emergence of a Nation anjuran Global Peace Mission (GPM) Malaysia dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pada 26 September 2021 yang lalu.

Perlantikan ini adalah satu kepercayaaan besar negara kepada kepemimpinan gerakan dakwah WADAH bagi menangani isu-isu berbangkit pasca peralihan kuasa di Afghanistan setelah pengunduran Amerika Syarikat baru-baru ini. Sesungguhnya maslahah atau kepentingan umat Islam Afghanistan yang telah bergelut dengan pelbagai krisis peperangan sejak empat dekad lalu memerlukan penglibatan langsung dan aktif gerakan dakwah.

WADAH mengucapkan setinggi penghargaan kepada Dato’ Saifuddin Abdullah atas kepercayaan yang diberikan itu. Ia membuka peluang bagi gerakan dakwah di Malaysia untuk mengembeling tenaga bersama bagi menggerakkan usaha pembangunan semula Afghanistan terutama dari aspek pembangunan hal ehwal urustadbir, pendidikan dan kemanusiaan.

Tahniah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *