PETUGAS KEMANUSIAAN GPM TIBA DI KABUL, AFGHANISTAN

Kumpulan pertama petugas kemanusiaan Global Peace Mission (GPM) Malaysia telah selamat tiba di Kabul, Afghanistan lewat petang Jumaat.

Ketibaan 6 orang petugas yang diketuai oleh Azlan bin Muhammad Sharif tersebut disambut oleh wakil GPM di lapangan, Abdur Raheem Ghafari dan Muhammad, Bahagian Ketibaan Tetamu, Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai.

Terdahulu, Chargé d’affaires Malaysia di Pakistan, Encik Deddy Faisal Ahmad Saleh sempat meluangkan bertemu dan menghantar pergi para petugas menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Islamabad.

Objektif utama GPM bagi misi yang turut disertai oleh Muslim Volunteer Malaysia (MVM) pada kali ini adalah untuk menghantar bantuan kemanusiaan segera kepada mereka yang terkesan dengan situasi yang tidak stabil di negara itu ekoran kejayaan Taliban menguasai pemerintahan Afghanistan pada 15 Ogos yang lalu. Di samping itu GPM juga akan turut melaksanakan penilaian keperluan bantuan-bantuan lain untuk tindakan selanjutnya.

Rakyat Malaysia yang ingin menyalurkan bantuan boleh berbuat demikian melalui platform dalam talian di pautan www.peduliafghanistan.com atau melalui pindahan wang ke akaun Maybank, Global Peace Mission : 564221611602 dengan rujukan sumbangan PeduliAfghanistan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *