WAKIL GLOBAL PEACE MISSION (GPM) BERTEMU PIMPINAN KERAJAAN AFGHANISTAN

Menurut laporan di lapangan, wakil Global Peace Mission (GPM) yang berada di Kabul sejak beberapa minggu lal bagi tujuan mendapat maklumat lapangan perkembangan umat Islam di Afghanistan telah mengadakan pertemuan dengan pimpinan kerajaan bagi menyatakan hasrat kunjungan dan kerjasama kemanusian di antara Malaysia dan Afghanistan.

Wakil GPM, Azlan Sharif dan Hasbullah Najib dari Muslim Volunteer Malaysia telah berpeluang berkongsi pandangan dangan pemangku Menteri Luar Afghanistan, Maulawi Amir Khan Muttaqi. Jurucakap Kementerian Luar Afghanistan, Abdul Qahar Balkhi telah mengesahkan pertemuan tersebut menerusi laman Twitter.

Pertemuan ini dijangka akan mengukuhkan kerjasama rasmi bagi urusan kerjasama bantuan kemanusian dan misis pembangunan semula Afghanistan pada dekad-dekad akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *