PETUGAS UMAT HAJJAH NOR AIZAN KEMBALI KE RAHMATULLAH

Ucapan Takziah.

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Puan Hajjah Nor Aizan Ismail yang telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 4:40 petang, Isnin, 22hb Jamadil Awal 1443H bersamaan 27hb Disember 2021 di Hospital Serdang. Almarhumah telah dimasukkan ke hospital sejak 12hb Oktober lalu atas faktor masalah kesihatan.

Beliau ialah salah seorang Petugas Umat yang komited kepada perjuangan dakwah Islamiah semasa hayatnya. Beliau adalah mantan Ahli Jawatankuasa Kerja WADAH Pusat (sesi 2015-2021) dan aktivis Pertubuhan SALWA Malaysia. Di era kampus, Hajjah Nor Aizan merupakan aktivis pelajar Islam. Beliau pernah menjawat Ketua HEWI bagi Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan juga merupakan ahli Majlis Kebangsaan Pelajar Islam (MKPI) dibawah seliaan PKPIM. Khidmat bakti beliau sebagai Petugas Umat dikenang kerana antaranya menjadi tenaga penggerak utama program Bakul Kasih Ramadhan Salwa 1442H pada Ramadhan lalu dan pengarah bagi kempen Sekeluarga Tolak Pornografi (SToP).

Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala menempatkan Almarhumah di tempat yang mulia di sisi-Nya. Allahummaghfirlaha warhamha wa ‘afiha wa’fu’anha. InnaliLlahi wainna ilayhi raajiuun. Al-Fatihah.

Photo terakhir Allahyarhamah Hajjah Nor Aizan dan suaminya, Haji Fairuz Abu Bakar yang dirakam pada majlis bacaan Yaasin dan zikir anjuran WADAH.
Potret kenangan Allahyarham Hajjah Nor Aizan yang dilukis oleh anak bongsu beliau, Widad Fairuz.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *